Your are here: Home // // Hulla Info Sihat | Kencing Manis Atau Diabetes

Hulla Info Sihat | Kencing Manis Atau Diabetes


Aku sebenar baru lepas melawat tok wan aku yang dimasukkan ke Hospital selepas dilaporkan mengidap penyakit kencing manis atau diabetes, Jadi aku mengambil kesempatan untuk mencari segala petua cara-cara tradisonal untuk rawatan kencing manis ini selain menggunakan rawatan moden.

Berikut beberapa petua Kencing Manis Atau Diabetes:-


Petua 1: Buah Petai Belalang
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMi1tfDYG6J6EnJ-VArrx3DZvESWwoIikQqjsg5_ON8qHJghc_CUBAf7xcFpjVpSjyTKAMDwTxnTH-SiKHcHFaV3I-uIQfAjLIyEMoD7UVR4_DN3RtpRdoynHXc11XbLRE5_m0fkGm0XC4/s1600/petai+belalang+2.jpg
Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.

Petua 2: Pokok Kemunting Cina
Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.

Petua 3: Pokok Belimbing Tanah
Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.

Petua 4: Bunga Matahari
Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Petua 5: Daun Mengkudu
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

Petua 6: Ubi Kentang
Dapatkan ubi kentang biasa rebus (tanpa garam atau bakar menggunakan (Oven) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi).Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal. Selamat mencuba

Petua 7: Buah Nam Nam
Buah Nam Nam atau ada orang panggil buah Puru dan dalam bahasa saintifiknya Cynometra cauliflora Linn.Amalkan memakan buah Nam Nam nie… Rajin-rajin la memakannya. Pada peringkat awal, korang akan terasa kurang selesa pada kawasan pinggang (buah pinggang), peha, punggung, bahu ke leher…

Petua 8: Tebu Hitam

Cari tebu hitam kemudian potong ikut kesesuaian, panjang-panjang sejengkal dan di bahagi 4 tanpa di buang kulitnya. Ini kerana kita hendak rebus tebu tersebut dengan air sebanyak 2 liter (1 1/2 botol 1.5 liter). Masukkan bersama gula batu lebih kurang sebesar ibu jari sebagai syarat. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam.

Minum sebanyak satu cawan sekali sehari untuk 2 -3 hari. Baki air simpan dan panaskan bila ingin minum.

PERINGATAN: Sila minum ketika hari cuti dan ketika anda betul-betul hendak tidur. Ini kerana, tindak balas akan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas minum. Anda berpotensi untuk mengalami pening kepala @ kepala pusing tahap tertinggi. Senang cakap, anda akan terasa kepala dibawah dan lantai diatas. Jadi, pastikan pasangan anda memahami apa yang akan berlaku. Sediakan juga tuala basah untuk menutup kepala & muka bagi mengurangkan sedikit kepeningan dan kepanasan sekiranya ada. Bawa-bawa banyak bersabar dalam tempoh pemulihan tersebut.


Petua 9: Manggis
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..
Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih daun manggis tersebut. Daun manggis yang sudah dibersihkan seterusnya direbus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh). Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.

Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.

Petua 10: Senduduk Putih
Keringkan bunga yang belum kembang (hendaklah di kutip sebelum jam 9 pagi) dan remdamkan jadikan tea.

Petua 11: Pokok Pinang
Potong beberapa keping (sebesar 1in/persegi) upeh pokok pinang. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih. Amalkan meminumnya pagi dan malam. Ada juga orang lain

Petua 12: Hempedu Ayam
Menelan hempedu ayam yang telah di simpan dalam peti sejuk (bahagian air batu)

Apa kata hullahup: Segala petua-petua di atas ini adalah ikhtiar kita! Harap ia berhasil 


Pengenalan Kencing Manis / Diabetes
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.

Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
2. Diabetes bebas insulin
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
4. Diabetes bentuk lain


Masalah Pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

* Kegagalan buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan / Katarak
* Koma (hilang kesedaran)
* Angin Ahmar (strok)
* Lemah Tenaga Batin (lelaki)
* Sakit saraf atau "mati pucuk"
* 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk


Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :

* Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
* Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :

* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.


Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.


Share/Bookmark

filed under:

3 responses to "Hulla Info Sihat | Kencing Manis Atau Diabetes"

  1. tuan tanah...saya nak mintak izin copy info ni. sbb baru tadi saya dpt tahu..ibu mertua saya sakit kencing manis di tahap kritikal. harap dibenarkan. tq.

  2. Nazo says:

    no hal punya....sharing is caring is loving....

  3. Bg sesiapa yg nk dapatkan air rebusan belimbing batu Ayah sy ada menjual air belimbing tanah ni.. Kita panggil belimbing batu.. Boleh dptkn air rebusan belimbing batu/tanah ni drp Halim belimbing batu no telefon 0175796069..lokasi kedah.. Inshaallah dgn izin allah ia dpt mecegah dan mengubati penyakit kencing manis selain masalah dalaman yg lain..

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.