Your are here: Home // , // Hulla Selamba | Australia Rancang Humban Pelarian ke Malaysia

Hulla Selamba | Australia Rancang Humban Pelarian ke Malaysia

Otak Kanggaru!

Siapa punya idea ini? Tanpa rasa was-was boleh pula buat negara orang lain macam tong sampah!



Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam rancangan Australia untuk menghantar 800 pelarian ke Malaysia selepas berlaku rusuhan di kem tahanannya, dan menyifatkannya sebagai melanggar undang-undang. Badan itu juga menggesa Australia supaya lebih memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan khususnya membabitkan mereka yang mencari perlindungan.

Navi Pillay ketika mengulas laporan akhbar di Australia berkata:

"Australia sepatutnya perlu melaksanakan dasar yang lebih cekap berkaitan isu itu dan bukan sekadar mengusir pendatang sebegitu sahaja."

“Jika Australia serius tentang dasar untuk menghantar 800 orang ke Malaysia, saya rasa ia melanggar undang-undang antarabangsa berkaitan pelarian."

“Mereka tidak boleh menghantar individu ke negara lain yang tidak mengiktiraf konvensyen penderaan dan konvensyen pelarian.”

sumber: utusan.com.my

apa kata hullahup: Adakah 800 orang itu pelarian rakyat malaysia, Malaysia kini dianggarkan ada sekitar 4000 pelarian (kebanyakan yang di ikhtiraf Unhcr)..Jadi apa kata kita tukar suka sama suka lah! baru la ada win-win situation...


Share/Bookmark

1 response to "Hulla Selamba | Australia Rancang Humban Pelarian ke Malaysia"

  1. Anonymous says:

    bole tak awak check all info before posting. apparently most of the facts you post are either made up or totally incorrect.

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.