Your are here: Home // , // Hulla Soheh | Penyokong Kelantan Berjemaah di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar

Hulla Soheh | Penyokong Kelantan Berjemaah di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar

Bila buat benda buruk kita sebarkan, Tapi bila buat benda baik pun kenalah sebarkan juga!

Selalu kita dihidangkan di akhbar-akhbar dan media massa dengan sikap para penyokong kelantan (Red Warrior) yang dilaporkan 'ganas' mahupun penyokong negeri lain; tapi bukan semua begitu!

Selepas terima satu email, Teruja dan terharu aku melihat kekhusyukkan para pemain ke-12 Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. (Memang benar kan!) Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain.


“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (QS: Al-Baqarah 2:45)

Sedikit gambar untuk tatapan kita bersama:-






apa kata hullahup: Sesungguhnya aku bukan peminat Red Warrior! Tapi kagum dengan insan menjalani penghidupan di dunia tidak melalaikan hal akhirat! Mantop!


Share/Bookmark

filed under: ,

1 response to "Hulla Soheh | Penyokong Kelantan Berjemaah di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar"

  1. Aku suka tengok benda ini. Elok kerajaan Malaysia juga buat macam ni. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menjalankan kewajipan kita kepada agama.

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.