Your are here: Home // // Hulla TNB | Tarif elektrik naik 1 Jun ini, 75 peratus tidak terjejas

Hulla TNB | Tarif elektrik naik 1 Jun ini, 75 peratus tidak terjejas

Maklumat Penting:-
  • Purata 7.12% kenaikan elektrik.
  • Tiada elektrik percuma untuk penggunaan kurang daripada RM20.
  • Penggunaan kurang daripada 300kW tidak akan merasai kenaikan ini. (75% pengguna domestik adalah kurang daripada 300kW).
  • Gas asli untuk sektor industri/elektrik akan dinaikkan RM3 setiap 6 bulan sehingga mencecah paras pasaran pada 2016 (tiada lagi subsidi untuk Gas Asli).

Kerajaan hari ini mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun ini.

Ini adalah sebagai sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kW sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. –
sumber: utusan.com.my

TNB Website: Increase in Electricity Tariff
 
Check consumption penggunaan eletrik rumah anda:

apa kata hullahup: tarif elektrik naik, jadi kena tidur awal, jadi ada kemungkinan akan ada peningkatan dalam populasi rakyat Malaysia.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.