Your are here: Home // , // Hulla Tragedi | Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim di Batu 14, Hulu Langat

Hulla Tragedi | Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim di Batu 14, Hulu Langat

Allahuakhbar! Subhanallah

Terkini: Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim di Batu 14, Hulu Langat ***sila refresh!***

22 Mei 2011, 05.30 pagi
Mayat terakhir mangsa tanah runtuh ditemui dan operasi dihentikan.
Sumber: Berita Harian Online | Mangsa terakhir tanah runtuh dikeluarkan

Gambar asal: Utusan dikemaskini Harian Hullahup

05.06 pagi
Dua lagi mangsa mayat ditemui menjadikan tempat pencarian hanya tinggal 5 meter sahaja lagi untuk terus mencari seorang lagi mangsa.

03:46 pagi
Seorang lagi mangsa telah ditemui sebentar tadi tetapi meninggal dunia. Moga segera ditemukan tiga orang lagi yang masih tertimbus akan ditemukan

02.00 pagi
Maklumkan terbaru, pihak tentera dilaporkan telah mengambil alih usaha mencari baki 4 lagi mangsa yang masih tertimbus.

Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mengesan mangsa-mangsa yang tertimbus ekoran insiden tanah runtuh di Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

01.55 pagi
Masih berlangsung tugasan mencari dan masih terdengar bunyi sirent ambulans!

Menurut seorang kakitangan yang yang terselamat yang juga bertugas di Rumah Anak-Anak Yatim berkenaan.Semasa kejadian dia berada di dapur. Dia menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10:00 pagi. Tidak dipastikan kesahihnya; Dan apa yang diketahui dari teman di sana, seorang daripada mangsa(anak-anak yatim) itu dihimpap oleh batu konkrik dan pihak berkenaan tidak boleh melakukan apa-apa selain memotong kaki budak itu hidup-hidup, pergh! tidak terbayang oleh akal fikiran bila dikenangkan.

01.30 pagi
Jumlah mangsa kekal dengan 12 kematian dan 9 orang selamat, Walau malam sudah lewat ke pagi, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan, kelihatan masih ramai petugas dan sukarelawan yang terus bertungkus lumus membantu mencari baki 4 mangsa lagi yang masih tertimbus. Moga segera dapat ditemui mereka itu berkat usaha keras yang tidak kenal jemu semua pihak yang sedang berada di sana...Amin

01.03 pagi
Seramai 12 orang anak-anak yatim telah terkorban dalam kejadian tanah runtuh ini. Operasi menyelamat masih diteruskan. Makanan dan minuman untuk pasukan dimaklumkan cukup untuk malam ini.


21 Mei 2011, 11.41 malam
Setakat jam ini, 10 mangsa telah disahkan meninggal dunia, 9 mangsa yang diselamatkan tetapi cedera parah/ trauma dan baki 6 orang mangsa masih tertimbus. Pihak penyelamat sedang dalam proses pencarian.

Berikut temubual saksi kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.





10.46 malam
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Iwan (33 tahun) yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, berjaya dikeluarkan dengan selamat.

10.09 malam
Senarai maklumat  mangsa-mangsa terlibat Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim di Batu 14, Hulu Langat dikenalpasti:

Meninggal dunia: 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.


Terselamat : 1. Khairul (9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal

Masih tertimbus : 1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)

10.01 malam
10 mangsa masih tertimbus, dengan 9 sudah dibawa keluar dari runtuhan tanah dan hidup, tapi berada dalam keadaan yangg kritikal. Sementara yang meninggal dunia kekal masih 5 orang mangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dilaporkan akan bergegas ke lokasi dalam masa terdekat.

9.39 malam
TV3 akan melakukan Lintas Langsung jam 10.00 dan 11.00 mengenai situasi terkini di kawasan tanah runtuh, Batu 14, Hulu Langat.

9.37 malam
Semua undi dalam Akademi Fantasia malam ini akan disumbangkan ke rumah anak yatim ini.

9.09 malam
Sebanyak lima mayat mangsa lagi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat berjaya dikeluarkan malam ini. Manakala berbelas-belas lagi dilaporkan masih tertimbus.







Kira-kira 24 terperangkap iaitu 20 pelajar dan 4 warden tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang tadi. Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Setakat jam 9 malam tadi, Kini tujuh mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera. Semoga mereka yang terperangkap itu dapat diselamatkan.

Sedikit gambaran di tempat kejadian..









Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.