Your are here: Home // // Hulla Tukar | BNM Akan Perkenalkan Siri Wang Kertas & Syiling Baru Pada 2012

Hulla Tukar | BNM Akan Perkenalkan Siri Wang Kertas & Syiling Baru Pada 2012

sudah 12 tahun rupanya...iskh1 iskh!

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.

Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.

Tema reka bentuk mata wang siri baharu ini akan mengandungi ciri yang khusus bagi Malaysia dan juga mempunyai ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini. Ia akan melibatkan wang kertas M1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan syiling 5 sen, 10 sen, 20sen dan 50 sen.

Sudah pastinya ciri-ciri keselamatan yang telah sedia ada pada wang kertas RM50 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 yang telah dikeluarkan pada disember 2007 ini akan terus dipertingkatkan.


sumber asal: bnm.gov.my

apa kata hullahup: Janganlah terlampau cantik sangat buatnya, kang sayang pulak aku nak belanjakan duit baru nanti...huhuhu.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.