Your are here: Home // // Hulla Isu | Penjelasan Kemusykilan ASB/ ASN Halal Atau Haram?

Hulla Isu | Penjelasan Kemusykilan ASB/ ASN Halal Atau Haram?

ASB Oh ASN!



Berlanjutan dari kes dibawah….BACA ini penjelasan isu haram halal ASB/ASN ni.. copy paste dari utusan online:

Memang Panjang Berjela…Tapi kalau nak paham betul…kena baca abis2 la.

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.
"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut
," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.

Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.
"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.

Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.
Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

Selain itu, baca jugak Soal Jawab ini di web JAKIM


Check ke laman web Jakim untuk mencari nombor telefon untuk dihubungi..dalam mencari tu, adalah bahagian soal jawab agama..nahh terjumpa lah tentang ASB ni..rupanya dah ramai bertanya..sebab konfius..
Jadi rasanya saya akan kumpulkan soalan dan jawapan untuk panduan kita bersama.


1- Bolehkah wang pendapatan ASB digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN atau membeli barangan seperti telefon bimbit, komputer riba atau permainan video?
Boleh menggunakan wang simpanan ASB untuk membayar pinjaman PTPTN atau membeli barangan seperti yang disebut di atas.


2- Assalamualaikum. Saya ingin penjelasan tentang pinjaman pelaburan ASB,dividen & bonusnya (kini banyak dijalankan oleh bank-bank). Adakah halal (ke mana ia dilaburkan)dan bolehkah digunakan kerana terdapat banyak keraguan mengenainya
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .


3- Assalamualaikum, Saya ada mendengar dan juga membaca dalam internet bahawa Pelaburan dalam ASN atau ASB adalah tidak halal kerana duit itu dilaburkan ditempat2 yang melanggar hukum syarak. Apakah ini benar2 berlaku dan adakah badan kerajaan seperti Jakim meneliti setiap pelaburan yang dibuat oleh PNB. Ini kerana maklumat yang saya perolehi itu adalah dari kalangan ulama yang terkenal di Malaysia juga. Tambahan pula pelaburan ini majoritinya orang Islam.
Wa’alaikumussalam wbt.
Panel menasihatkan saudari atau para pelabur yang akan membuat pelaburan dalam ASB /ASN hendaklah terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan pelaburan ASB/ASN daripada Pihak Pengurusan ASB / ASN.


4- Jika dikatakan dividen dan bonus ASB tidak halal kenapa kerajaan yang mengendalikannya tidak berusaha ke arah menjadikannya halal untuk kemajuan ekonomi orang Islam selaras dengan konsep Islam Hadari Kerajaan
Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan Perak melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal.
Walau bagaimanapun JAKIM sentiasa menasihatkan pihak pentadbiran dan pengurusan ASB supaya melabur di tempat yang diharuskan oleh syarak.


5- Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan dengan duit dividen yang diperolehi dari ASB. Duit dividen tersebut boleh digunakan untuk kegunaan sendiri(contohnya betulkan bahagian tandas, pagar dsb) atau hanya boleh digunakan untuk kegunaan awam?
Harus menggunakan duit dividen ASB untuk apa-apa tujuan kecuali bagi perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.


6- Apakah hukumnya seorang muslim terlibat dengan Amanah Saham seperti Amanah saham bumiputera?
Anda sebagai pelabur berhak mengetahui atau mendapat maklumat daripada pihak ASB / ASN mengenai tempat pelaburan yang telah dibuat. Pihak panel hanya memutuskan sekiranya urusniaga dan pelaburannya tidak terlibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syara’ adalah diharuskan, jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang haram dan urusniaga yang terlibat dengan riba, gharar atau penipuan dan penindasan maka hukumnya adalah haram..


Jika nak semak soalan dan jawapan ni, anda boleh layari Bahagian Soal Jawab Agama Jakim

---------------------------------------------

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

June 8th, 2011 | 6:21 pm | Harta, Isu Semasa, Muamalat |

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor ke wan gan konvensional.



apa kata hullahup: harap pihak yang terlibat konsisten dalam hal sebegini kita ini rakyat jer pun! follow jerk kan..kan...inesen la katakan.


Share/Bookmark

filed under:

2 responses to "Hulla Isu | Penjelasan Kemusykilan ASB/ ASN Halal Atau Haram?"

  1. Anonymous says:

    ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
    wholesale t shirt printing
    wholesale sweatshirts

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.