Your are here: Home // // Hulla Petronas | Petronas Catat Untung; Apakah Kita Dapat ?

Hulla Petronas | Petronas Catat Untung; Apakah Kita Dapat ?

Petronas Sudah Untung...Rakyat Tengok jerlah! Rakyat Masih Belum Didahulukan....



PETRONAS mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini. Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB).

-------------------------------------------

PETRONAS sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

Naib Presiden Eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal, berkata ia adalah "sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan." "PETRONAS sudah berbincang dengan kerajaan dan sudah mencapai persefahaman mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011. Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan.
sumber:
bernama.com
bharian.com.my

Hasilnya kita lihat sendiri, bila saja harga minyak petrol semakin naik. Pikir mudah! secara langsung atau tidak langsung Petronas punya untung pun naik lah! Bila harga petrol naik lagi langsung dan tak langsung kesannya terpalit pada barangan harian meningkat tinggi juga termasuklah bawang, cili, ikan dan sayur dipasaran.

Bila dinaikkan harga petrol, rakyat diminta cool dan jangan gelabah apabila peniaga (juga rakyat) pula yang awal-awal dah diberikan AMARAN JANGAN DINAIKKAN HARGA BARANG SESUKA HATI.

Subsidi rakyat pula mula dicaras sedikit demi sedikit! RAKYAT DIMINTA REDHA! Harus menerima hakikat, kerajaan tidak akan mampu menanggung subsidi selama-lamanya. RAKYAT JUGALAH YANG MENGALAH...Baik Rakyat Malaysia ini.

Mulai bulan 1 Jun tarif elektrik dinaikkan! Tak boleh buat apa! kerana sumber menjana elektrik semakin meningkat! RAKYAT REDHA...Sementara itu subsidi untuk IPP tidak diusik langsung. RAKYAT TENGOK JER! REDHA LAGI....sampailah kesudah! almaklumlah! slogan keramat RAKYAT DI DAHULUKAN telah melekat di hati rakyat.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia apa kita dapat? Yeah! Kita dapat BANGGA jer lah! Syarikat Malaysia tersenarai antara 8 tertinggi yang catat untung...uhhh! Bestlah sangat. huhuh

apa kata hullahup: seperti ada kata orang! kita ini dah macam ayam daging, diberi makan kenyang-kenyang, lepas tu sembelih! Jadi rakyat malaysia ni cam ayam daging...dulu, kini dan selamanya...termasuklah aku sekali..huhuhu...


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.