Your are here: Home // , // Hulla Realiti | Tukang Pancung Paling Mashyur di Makkah

Hulla Realiti | Tukang Pancung Paling Mashyur di Makkah

Putuih! Pala...

Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu.



Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006. Beliau yang bertugas bertugas mencabut nyawa pesalah, termasuk warga Indonesia, Ruyati Satubi, yang dipancung baru-baru ini.


Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia.

Ruyati (gambar), 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.

Encik Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia.

Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang.

Pedang bernama 'Sultan' warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter.

TEMUBUAL: Sekitar temubual yang berlangsung bersama Stesen televisyen Lebanon, LBC TV

Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.

'Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,' katanya.

Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala.

Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz.

Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.

'Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,' ujarnya.

Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri.

Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh.

Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.

Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.

Bagi memuluskan tugasnya, Encik Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala.

Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.

Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan.

Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati.

Selain memenggal kepala, Encik Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.

Encik Abdallah berkata syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung.

'Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,' katanya. -- Agensi.

apa kata hullahup: Pergh! tengok pedang tu dah cukup ngeri, apa lagi mata pedang tu hinggap ke leher...aduhh! Kalau hukuman ini dilaksanakan kat Malaysia, Aku jamin penjenayah kat Malaysia ini yang konon brutal sangat pun,mesti konpom kecut perut tobat takmo buat dah.


Share/Bookmark

filed under: ,

1 response to "Hulla Realiti | Tukang Pancung Paling Mashyur di Makkah"

  1. Selain memenggal kepala, Encik Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.
    king size cotton bedspread
    king size bedspread size

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.