Your are here: Home // // Hulla Sukan | Malaysia Turuti Jejak Kuasa Besar Asia, Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012

Hulla Sukan | Malaysia Turuti Jejak Kuasa Besar Asia, Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia Boleh!



Malaysia menjadi satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara yang layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 selepas berjaya mengejutkan pasukan pilihan, Lubnan 2-1 di Kuala Lumpur selepas seri 0-0 di Beirut.

Skuad Olimpik Malaysia - Harimau Malaya

Sementara itu kuasa besar Asia, Australia, Jepun dan Korea Selatan juga seperti dijangkakan melepasi halangan pusingan kedua kelayakan Olimpik London kelmarin, dengan Bahrain menamatkan impian Palestin dan Iraq mengejutkan jirannya, Iran untuk mara ke pusingan kelayakan terakhir.

Peringkat seterusnya bakal menyaksikan saingan tiga kumpulan yang dibarisi empat pasukan, dengan juara akan layak secara automatik ke London tahun depan. Undian akan diadakan pada 7 Julai dan pasukan bertanding akan bermain mengikut format gelanggang sendiri dan lawan bermula 21 September hingga 14 Mac 2012.

Lain-Lain keputusan:-
Oman mengatasi China yang bermain dengan 10 orang menerusi tiga gol pada masa tambahan untuk kemenangan 3-1 dan mara dengan agregat 4-1.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekadar seri 1-1 menentang Korea Utara tetapi layak dengan agregat 2-1.

Syria membelasah Turkmenistan 4-0 dan 6-2 keseluruhan.

Qatar pula menyingkirkan India dengan agregat 4-2 selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama.

Arab Saudi mengecewakan Vietnam 6-1 secara agregat selepas kemenangan 4-1 kelmarin.

Hong Kong yang turut kehilangan seorang pemain, menjadi mangsa Uzbekistan selepas tewas 0-3 secara agregat.

apa kata hullahup: Harap sukan bola sepak Malaysia akan terus berkembang! Go Malaysia


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.