Your are here: Home // , // Hulla Youtube | Aku Perokok Bodoh

Hulla Youtube | Aku Perokok Bodoh

OH! Perokok...kok!

Tak kiralah apa kempen atau bertapa ganas gambar seram yang ditempelkan di kotak rokok atau pelbagai perkara menakutkan yang digunakan untuk menakutkan perokok tegar terhadap kesan rokok! Kalau dah perokok tegar! Nasihatlah apa pun! Apa kesah kan..kan...sebagai perokok anda yang lebih tahu tentang kesannya kan.

Di entri ini, aku bukannya nak ceramah pasal kesan rokok ini, cukuplah dengan segala info diluar sana. Di sini aku nak berkongsikan mengenai Radhi OAG (gambar) yang kini sedang mendapatkan rawatan dadah di rumah Pengasih. Walaupun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti apabila Radhi telah menubuhkan sebuah kumpulan band baru bernama Outlet di Pengasih. Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah.

Paling menarik adalah lahirnya sebuah lagu yang berjudul "Aku Perokok Bodoh?"
Memang idea spontan giler tajuk lagu Radhi kali ini, Jadi pada si perokok tegar boleh dengar la lagu ini, pada bakal graduate perokok juga boleh dengar!

Di bawah ini aku share kan video dari youtube lagu Aku Perokok Bodoh ini masih diperingkat spontan. Tiada lyrics serta arrangement yang khusus untuk lagu ini. Semasa video ini dirakamkan, senikata serta arrangement muzik adalah dimainkan secara spontan.





Petikan kata-kata Radhi ke Kosmo
“Sepanjang saya di sini (rumah Pengasih) idea saya memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat,”

apa kata hullahup: Katakan Tak Nak pada Rokok! Saya tidak merokok...Anda?


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.