Your are here: Home // // Hulla Bola | Keputusan Perlawanan Peringkat kedua Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia, Malaysia 1, Singapura 1

Hulla Bola | Keputusan Perlawanan Peringkat kedua Piala Dunia FIFA 2014 Zon Asia, Malaysia 1, Singapura 1

Harimau Malaya tumbang!


Malaysia 1 vs Singapura 1
Stadium Nasional, Bukit Jalil



Malaysia yang awalnya mendahului Singapura pada minit ke-57 hasil jaringan ketua pasukan dan penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali dan mula memberikan bibit-bibit harapan buat Malaysia akan melangkah jauh lagi.

Tapi akhir berkecai dan punah! apabila terpaksa akur dan mengalah akibat kealpaan benteng pertahanan yang membuka kepada peluang jaringan penyamaan buat Singapura untuk sekaligus layak ke pusingan seterusnya selepas mendahului dengan agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, apa yang boleh dikatakan skuad kebangsaan sememangnya terpaksa menerima hakikat kegagalan hari ini kerana kualiti pengadilan serta taktik kotor yang ditunjukkan skuad lawan menjadi faktor keputusan sebegitu berlaku.


Namun juga tidak dapat tidak kita nafikan bahawa masih banyak yang perlu diperbaikkan oleh Rajagopal untuk mencipta kejayaan berharga buat Malaysia di masa depan. Walaubagaimanapun aku tetap kagum dengan semangat yang dibawa oleh para pemain kebangsaan dan yakin skuad Harimau Malaya mampu menggegar dunia satu hari nanti. InsyaAllah

apa kata hullahup: apa nak kata lagi, cuba lagi....tapi buat Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Fazli Saas dan beberapa pemain dibawah 23 tahun selamat berjaya pula untuk kelayakan Olimpik


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.