Your are here: Home // // Hulla Puasa | Siapa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Selepas Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah

Hulla Puasa | Siapa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Selepas Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah

Biasa sekali kita mendengar petikan tersebut!

Majlis Raja-Raja telahpun menetapkan bahawa tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada......

Anda kenal tidak!


Mantan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ini adalah Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah, wajah memang tidak asing lagi setiap kali biasanya selepas Maghrib dan sememangnya ditunggu oleh semua rakyat lapisan masyarakat Islam di Malaysia untuk pengetahui tarikh sebenartarikh puasa dan hari raya di kaca TV.

Tapi untuk tahun ini beliau tidak akan lagi melaksanakan tanggungjawab tersebut yang telah dipegangnya sejak Januari 1989 setelah bersara pada Januari 2011 yang lepas. Aku pasti rindu giler! sememangnya aku membesar dengan muka 'atuk' ini setiap kali menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Ini bermakna, puasa dan raya tahun yang mendatang, kita tidak akan dapat melihat lagi wajah beliau di kaca TV. Dan kita semua bakal melihat wajah baru pula setelah saban tahun melihat wajah yang sama.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik menggantikan 'atuk' itu adalah Y.Bhg. Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Ketika ini sukar benar untuk mendapatkan gambar-gambar wajah eksklusif beliau. Nanti bila dah kerap keluar telivisyen dan dikenali ramai....InsyaAllah gambarnya akan lebih jelas.
 


Sedikit petikan mengenai matlamat puasa

"Matlamat puasa ialah TAQWA.

Erti taqwa secara mudah ialah melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah. Taqwa itu sendiri berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada perintah Allah.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)"


apa kata hullahup: Apa-apa pun ibadah puasa pasti diteruskan...


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.