Your are here: Home // // Hulla Puasa | Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad

Hulla Puasa | Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad

Ramadhan Datang Lagi!



Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah seperti berikut:-

Johor - Pontian Kecil

Melaka - Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan - Teluk Kemang

Selangor - Bukit Melawati; Pulau Angsa; Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Perak - Pantai Pasir Panjang

Pulau Pinang - Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah - Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar

Terengganu - Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan - Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu

Pahang - Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan

Sabah - Balai Cerap Al-Biruni, Putatan

Sarawak - Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu

Labuan - Menara Universiti Malaysia Sabah

Putrajaya - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perlis - Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA

LAFAZ NIAT PUASA

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis
sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini
kerana Allah Taala

apa kata hullahup: Selamat menyambut bulan Ramadhan! :)


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.