Your are here: Home // , // Hulla Tragedi | Mr. Bean Star, Rowan Atkinson Nyaris Maut Kemalangan Ketika Memandu Sports Car $1.2 M

Hulla Tragedi | Mr. Bean Star, Rowan Atkinson Nyaris Maut Kemalangan Ketika Memandu Sports Car $1.2 M

Insiden yang tidak diingini!

Bintang Komedi Popular Mr Bean, Rowan Atkinson telah nasib baik apabila hanya mengalami kecederaan bahu yang kecil selepas terlibat dalam kemalangan ketika memandu McLaren F1 Sportcar kepunyaannya berhampiran Cambridgeshire, England - laporan BBC.

Ranap: McLaren F1 Sportcar milik Rowan Atkinson yang tersadai selepas kejadian
McLaren F1 Sportcar nya dianggarkan bernilai $ 1.2 juta dilihat remuk teruk! Ia dilaporkan mampu mencapai kelajuan tertinggi 230 mph dan memegang rekod sebagai kereta terpantas di dunia, terhempas di sebelah lebuh raya sebelum melanggar sebatang dan tiang papan tanda, kemudian terbakar.

Ketika kejadian, Pelakon berusia 56 itu dapat meloloskan diri dari kenderaan itu dan menunggu sehingga anggota kecemasan tiba ke tempat kejadian. Beliau dikahabrkan sudah keluar dari Peterborough City Hospital petang Jumaat.

Suka rempit: Rowan Atkinson sangat gemarkan high-speed sports cars
Kemalangan itu datang selepas sahaja sebulan lalu seorang lagi pelawak terkenal, Jackass star Ryan Dunn, meninggal dunia selepas terhempas ketika memandu kereta jenis 2007 Porsche 911 GT3 - ia dikatakan memandu ketika tahap alkohol darah 0,196. Bagaimanapun bagi Atkinson, pegawai-pegawai mendakwa bahawa Atkinson tidak memandu dibawah pengaruh alkohol. Polis juga memberitahu CBS News bahawa bintang itu telah diberikan ujian rutin pernafasan alkohol di tempat kejadian dan ia tidak akan menghadapi tuduhan jenayah.

Selain itu, beliau juga mempunyai beberapa Sport cars peribadi lain antaranya Aston Martins, Rolls Royces, Lancias dan Mercedes.
sumber: BBC

apa kata hullahup: Bahaya memandu laju, kena plak sekarang ini musim hujan jerk! hati-hati


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.