Your are here: Home // // Hulla Tak Cool | Maybank Lancar Logo Korporat Baru

Hulla Tak Cool | Maybank Lancar Logo Korporat Baru

Lambangkan bank lebih agresif jadi peneraju khidmat kewangan serantau



MALAYAN Banking Bhd (Maybank)- melancarkan logo korporatnya yang baru menggantikan logo yang sudah digunakan sejak 1993 bagi memacu misi untuk Menginsankan Perkhidmatan Kewangan di Seluruh Asia.

Logo itu melambangkan bank yang lebih agresif, dinamik dan berwajah kontemporari dengan perkembangan semasa serta sejajar dengan wawasan menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau.

Bercirikan lebih moden dan terkini dengan mengekalkan elemen utama iaitu nama Maybank, warna kuning dan lambang kepala harimau mempamerkan bank berkenaan, manakala penggunaan lambang kepala harimau yang lebih hebat dan gagah menterjemah kekuatan kumpulan perbankan itu dan kepemimpinannya di rantau ini.

Bagi pandangan aku! sebuah bank terbesar negara dari segi jumlah aset takkan setakat camni saja mampu buat perubahan logo. Ingatkan banyak la perubahan ski! Serius, bagi aku simple dan font pun main pakai yang ada kat Word jerk! Lantik la designer-designer logo yang ada kat luar tu! Berapa la sangat. Lambang kepala harimau pun dah macam tok rimau jerk.

Alang-alang nak comei, meh aku sumbangkan rekaan logo untuk Maybank..cam biskut Tiger! Aww..awww!


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.