Your are here: Home // // Hulla Tragedi | 9/11; 200 Maut Terjun dari World Trade Center

Hulla Tragedi | 9/11; 200 Maut Terjun dari World Trade Center

Menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden 9/11

Nekad: Antara beberapa mangsa yang mengambil keputusan nekad terjun ketika World Trade Center dirempuh dua pesawat Boeing 757, 10 tahun lalu.


Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001.

Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas menggunakan dua pesawat Boeing 757 merempuh ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.




Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.