Your are here: Home // , // Hulla Drama | Aksi : NILAPURA - TV3

Hulla Drama | Aksi : NILAPURA - TV3

Nilapura Tiada Unsur Magik


Bakal menggantikan Super Mak, sebuah drama bersiri epik cinta, NILAPURA pula akan mengambil slot Aksi yang ditayangkan di TV3.

Drama terbitan KL Motion Pictures ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zanuddin dan ia dibintangi oleh barisan pelakon lama dan baru seperti Hilal Azman, Jue Aziz, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Memey Suhaiza, Ryzal Jaafar, Amar Ashraf dan Ramona Zamzam.

Boleh dikatakan hampir sepenuhnya lokasi pengambaran di ambil di Kellie’s Castle lokasi utama, drama menghimpunkan 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas yang terpaksa berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura. Memandangkan masing-masing sudah mempunyai kekasih, perkahwinan yang diatur oleh pihak keluarga itu adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kedua buah negara.


Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga, tetapi Rangga yang suka berfoya-foya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Namun, satu insiden telah membuatkan Rangga berubah. Dia mula mencintai Ratna setelah melihat isterinya itu banyak bersabar dengan karenahnya.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran kelmarin, pengarah drama ini memberitahu dia cuba memberikan kelainan untuk naskhah terbarunya ini. Jelas wanita ini walaupun drama ini mengambil latar kurun ke 12 atau 13, tetapi dia tidak menggunakan bahasa Melayu lama yang sukar untuk difahami oleh masyarakat hari ini. Sebaliknya dia memilih menggunakan bahasa baku yang dituturkan secara santai.

Beberapa slot gambar Nilapura:







Untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan drama ini, jangan lupa temujanji anda bersama stesen televisyen nombor satu Malaysia, TV3 bermula 31 Oktober ini, jam 9.00 malam.


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.