Your are here: Home // // Hulla Perayaan | "Pesta Cahaya" Hari Deepavali

Hulla Perayaan | "Pesta Cahaya" Hari Deepavali

Sempena sambutan perayaan Deepavali maka hari ini punya topik khas pasal Deepavali.


"Deepavali" sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit, apabila diterjemahkan ia bermaksud 'Perayaan Cahaya' di mana penganut Hindu memasang pelita tanah liat yang dipanggil "diyas" atau bentuk lampu yang lain.

Sementara itu, perkataan Deepavali itu sendiri adalah gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).

Bila sebut pasal Deepavali antaranya lokasi tumpuan sambutan kemuncak yang biasa adalah di Batu Caves namun kini satu tempat yang juga menjadi tumpuan ketika menjelangnya sambutan perayaan Deepavali ialah di Little India, Brickfields. Dimana tempat ini akan dipenuhi dengan warna dengan pelbagai acara menarik seperti tarian kebudayaan komuniti kaum India, dekorasi kolum dan perhiasan bersempena sambutan Deepavali.

Bercahaya: Suasana malam hari di Little India, Brickfields - kredit: Rizal's photography

Mitos Hari Deepavali:
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

10 Info menarik mengenai Deepavali:

1. Penganut agama Hindu biasanya akan bangun awal dan upacara pertama yang akan dilakukan ialah mandi menggunakan minyak halia dan serbuk kayu manis.

2. Lelaki memakai dhoti atau kurtas, wanita pula menyarung pakaian sari sutera, sut Punjabi, lengha, suit karisma yang pelbagai warna.

3. Penganut Hindu tidak suka memakai pakaian berwarna hitam pada hari kebesaran ini.

4. Menghiasi rumah dan membuat 'kolam' di pintu masuk. - Reka bentuk 'kolam' (motif berwarna-warni) memaparkan elemen-elemen geometri dengan titik, garisan, tiga segi, empat segi, bulatan dan simbol-simbol lain seperti swastika, kerang besar, bunga teratai, trisula, tapak kaki dan bintang.

5. Pelita dipasang/ dinyalakan dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

6. Selain Hindu, Sikh merayakan Deepavali “Diwali” dalam rangka memperingati pelepasan Keenam Guru, Hargobind, dari penawanan oleh Maharaja Mughal Jehangir.

7. Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

8. Malam sebelum perayaan Deepavali kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

9. Perjudian bermain kad di Deepavali dianjurkan di banyak daerah di Inda sebagai kaedah untuk mengetahui keberuntungan di tahun mendatang.

10. Deepavali dirayakan selama lima hari di seluruh India.


Di antara negara di mana Deepavali dirayakan dengan cara yang unik dan tersendiri ialah India, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Mauritius, Fiji, Guyana, Thailand, Africa Selatan, Trinidad dan Kanada.


Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.