Your are here: Home // // Hulla Boleh | Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Benam Kemboja 4 - 1

Hulla Boleh | Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia Benam Kemboja 4 - 1

Malaysia mengalahkan Kemboja di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.


Perlawanan dilihat 'berat sebelah' dimana pasukan Malaysia lebih mendominasi bola di awal 45 minit babak pertama dengan bertali arus menyerang menyebabkan pasukan Kemboja lebih banyak fokus ke pertahanan.

Malaysia mendahului gol awal di minit ke-7 hasil tandukan Izzaq Faris Ramlan.

Kematangan permainan Malaysia jelas apabila dilihat tidak melulu-lulu menyerang, sehinggalah kapten Baddrol Bakhtiar menambah gol Malaysia hasil tendangan jarak jauh pada menit ke-35. Keeper Kemboja, Sou Yaty gagal membaca tepat sepakan Baddrol Bakhtiar yang memantul di tanah dan menrjah jaring.




Video Gol Malaysia Vs Kemboja [4-1] Sea Game 2011 (Jaringan Izzaq Faris Ramlan dan Baddrol Bakhtiar)

‘Harimau Malaya’ terus unggul mengukuhkan kedudukan kepada 3-0 pada minit ke-40. Selepas dihadiah sepakan penalti selepas Izzaq Faris Ramlan dijatuhkan di kotak penalti akibat ditarik pertahana Kemboja, Sok Rithy. Wasit pun menunjuk titik Mudah bagi Baddrol menewaskan Sou Yaty. 3-0 bertahan sehingga rehat babak pertama.

Masuk babak kedua, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara. Berpunca Chhoeun yang menerima bola di kotak penalti. Dengan sendikit control ball, tendangan kemasnya berjaya membolosi gawang yang dikawal Khairul Fahmi.




Video Gol Malaysia Vs Kemboja [4-1] Sea Game 2011 Separuh masa kedua (Jaringan Chhoeun dan Wan Zaharulnizam Zakaria)

Malaysia selepas itu terus berusaha mencari gol keempat. Namun gol yang dicari muncul jua di 20 minit terakhir, Hasil sepakan lencong Wan Zaharulnizam Zakaria dari sudut kanan gawang Kamboja, bola tepat menerjah ke jaring tanpa mampu disekat Sou Yaty. Kedudukan 4-1 terus bertahan sehingga wisel penamat.


Sementara itu, Indonesia memastikan satu slot di semi final SEA Games 2011 setelah mengalahkan Thailand dengan 3-1 selepas Thailand di paksa bermain dengan 10 orang sejak di minit ke-13 setelah Theeraton di kenakan kad kuning kedua.


Selepas ini, pada 17hb November - Indonesia akan bertemu Malaysia bagi menenetukan Juara kumpulan A.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.