Your are here: Home // // Hulla Sea Games 2011 | Malaysia Ajar Indonesia Erti Kekalahan

Hulla Sea Games 2011 | Malaysia Ajar Indonesia Erti Kekalahan

Sekalung tahniah buat skuad Harimau Muda Malaysia ! Malaysia Boleh ! - Tapi jangan mudah berpuashati....Pingat emas belum dalam genggaman!



26th Sea Games Indonesia 2011
Malaysia vs Indonesia
Date : 17 November 2011
Venue : Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia

Malaysia 1 - 0 Indonesia
Shahrul A.S (MAS) 17′


Amik ko Indon, pengajaran awal!

Bukanlah aku nak berlagak sangat dengan kemenangan Malaysia di peringkat kumpulan ini dengan mengalahkan Indonesia tadi, Tapi aku cukup 'hangat' dengan gelagat penyokong Indon ni yang terlalu ekstrim tak tentu pasal! Sikit-sikit booo! provok bagai nak rak setiap kali Malaysia beraksi tak kira apa sukan!

Relaks lah! rebut pingat emas sukan sea jer pun!

Tak perlu nak ulas panjang! - Perlawanan sebentar tadi, Indonesia akhirnya merasakan erti kekalahan di SEA Games 2011 ini. Hasil jaringan Syahrul Azwari yang masuk menggantikan Wan yang mengalami kecederaan di minit yang ke-11.

Kemenangan 1-0 itu sudah cukup 'mengajar' ego peminat Indon yang fanatik di Gelora Bung Karno. Tentang alasan mereka yang muingkin boleh kata, Malaysia menang hanya kerana Indon menurunkan skuad kedua! Aku peduli apa? Dalam rekod tak tertulis skuad kedua ke lapan sekalipun!

Highlights Indonesia (0) Vs (1) Malaysia





Walaubagaimana pun, kemenangan Malaysia ini! Aku rasa Malaysia boleh menjaringkan dengan lebih dari satu gol, tapi striker MAlaysia yang diketua Izzaq Faris Ramlan banyak mensia-siakan peluang terbuka! So! Izzaq Faris Ramlan, apa yang aku nasihatkan kat ko! banyak-banyaklah buat "kerja rumah", bukan senang nak jadi striker yang berkualiti dan bagus! Tingkat usahamu!

Dengan hasil kemenangan ini Indonesia akan berada di tangga kedua dengan 9 mata, di bawah Malaysia yang mengumpul 10 mata. Sekaligus, di peringkat semi final, Indonesia bakal bertemu Vietnam yang menjadi juara kumpulan B, manakala Malaysia bakal menentang Myanmar.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.