Your are here: Home // , // Hulla Seni | Lukisan "1949-A-No. 1" Dijual RM194.4 juta

Hulla Seni | Lukisan "1949-A-No. 1" Dijual RM194.4 juta

Aku yang buta seni lukisan sebegini! Apa jadanya ni


New York, Amerika Syarikat (AS) - Firma lelongan Sotheby di sini menjual sebuah lukisan abstrak karya Clyfford Still pada harga AS$61.7 juta (RM194.4) dalam satu lelongan kelmarin, sekali gus mencatat rekod baharu untuk pelukis AS berkenaan.

Lukisan yang berjudul 1949-A-No. 1, menampilkan gabungan corak abstrak berwarna putih, hitam dan merah pada kanvas. Harga anggaran lukisan tersebut ialah antara AS$25 juta (RM78.8 juta) hingga AS$35 juta (RM110.37 juta).

Tajuk lukisan pun aku tengok dah macam alamat rumah jerk! Begini kah seni zaman yang kununnya sangat moden ni, sekali tengok, banyak kali tengok still aku tengok macam dah takde modal nak melukis. Itu aku tak pasti, kalau ada orang seni diluar sana yang sangat mahir! Nampak seni sangat lukisan ini...Cer...citer! Kalau dibuat sedikit perbandingan dengan zaman-zaman Leornado da vinci, Picasso dan lain-lain pelukis tersohor dunia, adalah jugak rupa bentuk sesebuah lukisan yang dicontengnya. Ada kira logik la jugak. Bolehlah diterima akal normal aku ini.


Ini tidak! Pakai medium apa tah ini. Lepas tu calit sana-sini, Putar alam skit bagi tahu kat orang ini adalah bermaksud sekian-sekian, Gunakan namanya yang terkenal tu! Nah! amik ko harganya berjuta...! Orang pun caya!


Dunia...dunia!!!!

Rekod termahal untuk lukisan Still sebelum ini ialah AS$21.3 juta (RM67.1 juta). Still yang dianggap pakar dalam lukisan ekspresionisme, meninggal dunia pada tahun 1980. - AFP


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.