Your are here: Home // // Malaysia Tumbangkan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno Untuk Raih Pingat Emas

Malaysia Tumbangkan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno Untuk Raih Pingat Emas

Tahniah! Harimau Muda....

Sifat sporting yang ditunjukkan pemain Malaysia yang memberikan semangat kepada pemain U23 Indonesia selepas selesai pertandingan final SEA Games XXVI di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta(21/11/2011). Malaysia mengalahkan Indonesia sehingga ke penentuan sepakan penalti dengan jaringan 5-4, setelah terikat 1-1 di 90 minit perlawanan dan tambahan masa.

26th Sea Games Indonesia 2011
Final 
Malaysia vs Indonesia
Date : 17 November 2011
Venue : Gelora Bung Karno Senayan, Indonesia

Malaysia 1(4) - (3)1 Indonesia
Asraruddin Putra Omar (MAS) 35′ - Gunawan (INA) 5′

Malaysia menewaskan Indonesia dengan penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit ke-5 perlawanan, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35. Tapi Malaysia dilihat beberapa kali mensia-siakan peluang yang jelas mampu menjelmakan gol sekaligus mampu menamatkan pelawanan dengan lebih awal terutamanya dari dua peluang yang diperolehi Ahmad Fakhri Saarani.




Video Gol Malaysia vs Indonesia 1-1 [Final SEA Games 2011]



Ringkasan Penalti


Reaksi frust menunggeng dari keeper Tim U-23 Indonesia setelah gagal menghalang kemas sepakan penalti kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar 


Dalam segi persembahan kedua-dua keeper, keeper Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat dilihat lebih baik. Beliau berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti, sama juga dengan keeper Indonesia Kurnia Meiga, namun Khairul Fahmi Che Mat lebih dilihat banyak mengarah tepat kepada hala bola yang disepak. Berikut sedikit gambaran sepakan penalti Indonesia Vs Malaysia.

Indonesia

1. Titus Bonai - Tendangannya mengarah ke arah kanan. Agakkan yang tepat dari Khairul Fahmi Che Mat tapi bola tetap masuk. Kedudukan menjadi (1-0).

2. Gunawan Dwi Cahyo - Bola tendangannya ke arah kiri. Gagal dihalang Fahmi, tapi bola dihalamg sang tiang gol. Tiang penyelamat, keduduk gol (1-1).

3. Egi Melgiansyah - Bola tendangannya menghala ke kiri, kali ini agakan Khairul Fahmi Che Mat tidak tepat. Kedudukan gol (2-2).

4. Abdulrahman - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan gol, Khairul Fahmi Che Mat mengagak tidak tepat. Kedudukan gol (3-2).

5. Ferdinand Sinaga - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan lemah, Khairul Fahmi Che Mat pantas membaca dan berjaya menepis. Kedudukan (3-3)

Malaysia

1. Mahali Jasuli - Bola tendangannya terus mengarah ke kanan di sudut atas dan gol, gagal diagak tepat oleh Kurnia Meiga. Kedudukan gol (1-1).

2. Fandi Othman Mohamad - Bola tendangannya deras di arah ke kiri dan gol. Sekali lagi Kurnia Meiga gagal mengagak dengan tepat. Kedudukan gol (1-2).

3. Ahmad Fakhri Saarani - Bola tendangan lemah dan mudah ditangkap oleh Kurnia Meiga, Kedudukan gol (2-2).

4. Fadli Mohamad Shas - Bola tendangannya deras mengarah ke kiri dan gol. Kedudukan gol (3-3).

5. Baddrol Bakhtiar - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan sempat dihalang Kurnia Meiga, namun masuk bergolek ke dalam gawang dan gol ini memastikan kemenangan Malaysia (4-3).



Video sepakan penalti Malaysia vs Indonesia [4-3] Final Sukan Sea 2011


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.