Your are here: Home // , // Hulla Win | Iklan Solat Yang Tiada di Malaysia

Hulla Win | Iklan Solat Yang Tiada di Malaysia

Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.




Kepentingan dan pengaruh solat @ sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim)


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.