Your are here: Home // // Hulla Wow | Jambatan Teluk Qingdao Terpanjang di Dunia

Hulla Wow | Jambatan Teluk Qingdao Terpanjang di Dunia

Wow....panjangnya!

China mula membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut selepas hampir 4 tahun tempoh pembinaannya - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao,

Jambatan sepanjang 42 kilometer dengan 6 lorong dan disokong 5,000 tiang selain selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).

Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada baru-baru ini dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas. Bagi bulan pertama pembukaannya, tiada sebarang pembayaran akan dikenakan pada yang menggunakannya tetapi selepas itu tol akan dikenakan sekitar AS$ 7.70 (50 yuan) ditempat yang belum ditentukan buat masa ini.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya.








Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.