Your are here: Home // , // Hulla Kelahiran | Wanita Afghanistan Lahirkan Kembar Enam

Hulla Kelahiran | Wanita Afghanistan Lahirkan Kembar Enam

Inilah KebesaranNya.

Dalam inkubator...Tiga dari enam yang masih belum dinamakan
Seorang wanita Afghanistan yang dikenali Sharah, 24, berasal dari pedalaman wilayah Balkh, berjaya melahirkan kembar enam di hospital di bandar raya Mazar-e-Sharif.


Dia mengakui tidak menyedari hamil lebih daripada seorang bayi kerana tidak pernah menerima rawatan kesuburan. Doktor berkata, wanita itu tiba di hospital Isnin lalu dan melahirkan tiga bayi lelaki dan tiga bayi perempuan pada hari sama. Menurut doktor, melahirkan anak kembar enam tanpa rawatan kesuburan amat jarang berlaku. Afghanistan negara yang mencatatkan kadar kematian ibu dan anak tertinggi di dunia.

Bertarung nyawa...Sharah yang masih lesu selepas melahirkan kembar enam.

Pengarah Kesihatan Wilayah, Mirwais Rabi, berkata semua enam bayi berkenaan sihat tetapi kurang berat badan dengan seorang daripadanya cuma seberat 700 gram.

kredit: blogs.babycenter.com


Share/Bookmark

filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.