Your are here: Home // , // Hulla Tertinggi | Kingdom Tower Menara Tertinggi Di Dunia

Hulla Tertinggi | Kingdom Tower Menara Tertinggi Di Dunia

Wow..sayup...

Arab Saudi kini sedang dalam perancangan untuk membina sebuah menara tertinggi didunia yang diberi nama Kingdom Tower ( Menara Kingdom ).


Menara ini akan dibina di Jeddah yang merupakan sebuah bandar kosmopolitan di Arab Saudi dan akan menerima pemandangan Laut Merah dari menara ini. Pencabar terdekat bagi menara Kingdom yang akan dibina ini adalah Khalifa Burj Dubai dengan kelebihan 568 kaki.



Burj Dubai yang siap dibina pada tahun 2010 dengan ketinggian 2,717 kaki. Namun begitu Menara Kingdom akan dibina dengan ketinggian 3,281 kaki, mengikut Adrian Smith and Gordon Gill pasukan perekacipta bentuk bagi Kingdom Tower yang berpangkalan di Chicago. Rancangan awal pembinaan ini adalah membina menara dengan batu, tapi berubah akibat ujian tanah yang dilakukan. Struktur segi tiga menjadi struktur utama menara ini dan perkembangan bandar yang luas telah menelan belanja $20bilion.

Menara Kingdon akan menempatkan Hotel Four Season, ruang pejabat, ultra-kondominium mewah dan menjadi tempat cerapan tertinggi didunia. Penduduk berpeluang untuk menaiki menara ini dengan menggunakan salah satu lif dari 59 yang terdapat dimenara tersebut dengan kelajuan 33 kaki sesaat ( 22batu sejam ) dan menikmati pemandangan dari sky terrace (gambar diatas) yang terletak di tingkat 157.






Share/Bookmark

filed under: ,

1 response to "Hulla Tertinggi | Kingdom Tower Menara Tertinggi Di Dunia"

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.