Your are here: Home // // Hulla Bijak vs Pandai | FAM Tak Risau Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh?!!! WTF!

Hulla Bijak vs Pandai | FAM Tak Risau Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh?!!! WTF!

Apakah ini dinamakan Bah**LOL...


FAM tak risau ranking?! Anda fikir cemana? fans punyalah susah kumpul duit pergi stadium sokong Malaysia main?. Sekali orang penting dalam FAM boleh kata dengan selamba...FAM Tak Risau Ranking Bola Sepak Malaysia Jatuh. Ini cara mereka punya mentaliti....pada peminat bola sepak di Malaysia? Patutlah sampai sekarang tak maju...Kalau orang dalam sendiri pikir camni!

Nak sampai no berapa baru nak risau.....

 Siapakah hanya kita salahkan! Kenapalah pemilihan pucuk pimpinan FAM ini tidak dilakukan macam Pilihanraya Umum....biar peminat juga boleh memilih...Ini kan sukan No.1 di Malaysia...Tapi kita dapat pemimpin tidak pikir No.1....Aduyai...Musnahhh

Mengikut senarai terkini dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) setakat 13 April 2012, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-24 bulan lalu.

Baru-baru ini juga, Kemerosotan skuad senior negara itu mendapat reaksi Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berpendapat kekerapan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menguji pemain baru, selain mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super negeri sebagai tidak bersungguh untuk mempertahankan Piala AFF.

Agak menghairankan apabila pendapat timbalan presiden FAM yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa skuad senior itu mendapat reaksi negatif Rajagobal dan naib presiden merangkap pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal.

Annuar akhirnya disabitkan kesalahan di bawah Artikel 88 Statut FAM. Beliau digantung dua tahun enam bulan.


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.