Your are here: Home // // Hulla Kerja | Sambutan Hari Pekerja - 1 Mei

Hulla Kerja | Sambutan Hari Pekerja - 1 Mei

 Sambutan Hari Pekerja - 1 Mei

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah sambutan hati cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei pada setiap tahun. Bukan Malaysia sahaja yang menyambut Hari Pekerja ini, tetapi 1 dunia turut meraikan Hari Pekerja. Tarikh 1 Mei dipilih untuk dijadikan sebagai Hari Pekerja kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang telah diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta wujudkan sistem 8 jam waktu berkerja di Amerika Syarikat. Ianya dikuatkuasakan sejak 1 Mei, 1886.

Adakah bekerja itu boleh dipandang sebagai suatu kewajipan atau tanggungjawab yang mempunyai tujuan yang lebih luas?

Pengertian Kerja:

Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna yang khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.

Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau usaha yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan ekonomi seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:

1. Kerja yang bercorak jasmani (fizikal)

2. Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)

Sejarah Sambutan Hari Pekerja ( 1 Mei )

Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856  untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.

Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru, menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866  dan membuat peristyharan iaitu:

    “Hak hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai limit sah bagi hari kerja.”

Perjuangan ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh  semasa pilihanraya di Kanada  pada tahun 1872, maka  Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh  di Amerika Syarikat  telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-

    “Lapan jam kerja, Lapan jam berekreasi, Lapan jam berehat.”

Gerakan mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa.


Jadi kepada semua selamat Hari Pekerja, Ini termasuklah yang suri rumah sepenuh masa...Selamat Hari Pekerja. Jadi kepada sang suami, hari ini kasi peluang la sikit si Isteri beristirehat, bawa la pergi makan kat luar ke atau bersiar-siar!

Selamat Bercuti.

Sumber:
Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard
Blog CUEPACS
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapan_jam_sehari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Pekerja


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.