Your are here: Home // , // Hulla Rasional | Wajarkah pelajar bawa handphone ke sekolah?

Hulla Rasional | Wajarkah pelajar bawa handphone ke sekolah?

Patutkah murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah ? Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan di dalam Draft PeraturanPendidikan Disiplin Murid 2012, kemungkinan murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pada tahun 2013.

Jawapan ringkas aku: Mengada-ngada 

Mungkin positifnya:-

Senang nak check anak - Rasanya ini masalah desakan dari pihak keluarga... nak anak bawak hp supaya senang nak tanya balik jam berapa... nak balik macam mana... har ini tak dapat jemput kena balik naik bas... bla bla bla...macam lah tak boleh nak check jadual waktu anak kan.....benda yang kengkonon nak menyenangkan hidup mereka... akan menyebabkan masalah yang lebih besar....



Hal kecemasan - namun perkara ini sebagai ibubapa boleh mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan nombor telefon sekolah, guru tingkatan malah dua orang pengawal keselamatan sekolah untuk keperluan waktu kecemasan.

Tapi dari segi negatifnya:-


 - Kecurian/ kehilangan - Jadi beban cikgu-cikgu kena buat 'spot check' untuk cari telefon bimbit yang hilang atau dicuri tu!, al-maklum bukan semua pelajar mak bapak mereka mampu nak beli handphone kan..laporan juga perlu di buat malah mungkin perlu berdepan dengan waris yang pelbagai ragam. - menambahkan sakit kepala pihak sekolah untuk mengawalnya.

- SMS/telefon sesama pelajar - tidak mustahil pelajar berbalas SMS di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran malah mungkin ada yang membuat panggilan telefon mengangu pelajar kelas lain.

- Smartfon - Semakin hari makin ramai pelajar yang memiliki smartfon yang kita sedia maklum mempunyai pelbagai fungsi antaranya, GAME, FB, TWITTER, KAMERA DLL. Semua ini tidak sesuai di gunakan di sekolah


- Cikgu jadi takut - Murid naik tocang, cikgu nak 'ngajar' jadi was-was. Jadi mungkin disebabkan ini akan muncul lah cikgu "Lantak ko lah, aku ajar ko tanak ikut sudah?"

Apa-apa pun bagi aku - berlakunya kesan negatif melebihi positifnya dengan membawa telefon bimbit ke sekolah. Apa pandangan tuan/puan?


Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.