Your are here: Home // // HULLA BRIM | TARIKH AKHIR MEMOHON BRIM 2015 ONLINE - 31 DISEMBER 2014

HULLA BRIM | TARIKH AKHIR MEMOHON BRIM 2015 ONLINE - 31 DISEMBER 2014

Maklumat lengkap seperti cara membuat permohonan baru atau kemaskini boleh didapati di laman rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my yang telah dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014

br1m 20151

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014

Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan

Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015  juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M

KATEGORI ISI RUMAH
RM950
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
RM750
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaSeorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar BulananRM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
  • Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
  1. Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
  2. Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
  3. Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja

KATEGORI INDIVIDU
RM350
StatusWarganegara Malaysia
KriteriaIndividu (bujang)
  • Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang

BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 : PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga
31 Disember 2014

terkini Baca: Bayaran BR1M DiPercepatkan Dan Tempoh Pemohonan Dan Kemaskini Dilanjutkan
Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem permohonan di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Info Berkaitan Panduan Pengguna
Sila layari atau klik pada judul pautan dibawah
  1. Cara Membuat Permohonan Baru Secara Online
  2. Cara Membuat Semakan Status Permohonan Secara Online
Baca: Laman Web E-BR1M Sukar Diakses Pengguna pada hari pertama permohonan dibuka
Baca: Punca Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia Gagal

Permohonan secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Untuk memuat turun borang dan panduan permohonan baru sila klik pada judul pautan dibawah
Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan


Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)


BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M TERDAHULU
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0, 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank

Pada BR1M 2015, penerima kategori Isi Rumah dan Warga Emas, diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian

Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2015 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)
Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Penerima BR1M diminta untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan itu dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat berdasarkan maklumat terkini

Klik – Maklumat Lengkap Kemaskini Maklumat BR1M 2015

Disyorkan
  • Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
  • Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
  • Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M
  • Affin Bank Berhad
  • Agro Bank
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Am Bank Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Cimb Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia BHD
Nota:
  1. Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja
  2. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan


Share/Bookmark

filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.