Maklumat lengkap seperti cara membuat permohonan baru atau kemaskini boleh didapati di laman rasmi e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my yang telah dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014
Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan
Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014
Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015 juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan
Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M
KATEGORI ISI RUMAH
RM950 | |
Status | Warganegara Malaysia |
Kriteria | Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
|
Pendapatan Kasar Bulanan | RM3,000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas) |
Cara Pembayaran Diterima | Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
|
RM750 | |
Status | Warganegara Malaysia |
Kriteria | Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
|
Pendapatan Kasar Bulanan | RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas) |
Cara Pembayaran Diterima | Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
|
- Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
- Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
- Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
- Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja
KATEGORI INDIVIDU
RM350 | |
Status | Warganegara Malaysia |
Kriteria | Individu (bujang)
|
Pendapatan Kasar Bulanan | RM2,000 Kebawah |
Cara Pembayaran Diterima | Dibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015 |
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang |
BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 : PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga
Baca: Bayaran BR1M DiPercepatkan Dan Tempoh Pemohonan Dan Kemaskini Dilanjutkan
Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem permohonan di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
Info Berkaitan Panduan Pengguna
Sila layari atau klik pada judul pautan dibawah
Baca: Laman Web E-BR1M Sukar Diakses Pengguna pada hari pertama permohonan dibuka
Baca: Punca Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia Gagal
Permohonan secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
- Borang Permohonan Baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
- Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Manual
Nota : Sila pastikan komputer atau pelayar internet anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader bagi membolehkan setiap lampiran panduan dan borang dapat dipaparkan dan dimuat turun (download)
BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M TERDAHULU
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0, 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank
Pada BR1M 2015, penerima kategori Isi Rumah dan Warga Emas, diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2015 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
- Penerima boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem kemaskini permohonan di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k
- Klik Panduan Mengemaskini Maklumat Permohonan Secara Online
- Atau dengan menggunakan borang yang akan diedarkan bermula tarikh BR1M dibuka
- Klik Download Borang Kemaskini BR1M 2015
- Klik Panduan Mengisi Borang Kemaskini
Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Penerima BR1M diminta untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan itu dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat berdasarkan maklumat terkini
Klik – Maklumat Lengkap Kemaskini Maklumat BR1M 2015
Disyorkan | |
| |
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my |
Senarai Nama Bank Yang Diterima Bagi Tujuan Pembayaran BR1M | |
|