You are here: Home // Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Hulla Youtube | Aku Perokok Bodoh

OH! Perokok...kok!

Tak kiralah apa kempen atau bertapa ganas gambar seram yang ditempelkan di kotak rokok atau pelbagai perkara menakutkan yang digunakan untuk menakutkan perokok tegar terhadap kesan rokok! Kalau dah perokok tegar! Nasihatlah apa pun! Apa kesah kan..kan...sebagai perokok anda yang lebih tahu tentang kesannya kan.

Di entri ini, aku bukannya nak ceramah pasal kesan rokok ini, cukuplah dengan segala info diluar sana. Di sini aku nak berkongsikan mengenai Radhi OAG (gambar) yang kini sedang mendapatkan rawatan dadah di rumah Pengasih. Walaupun berada di rumah Pengasih, kerjaya seninya tidak terhenti apabila Radhi telah menubuhkan sebuah kumpulan band baru bernama Outlet di Pengasih. Bersama dua anggota lain iaitu Muhammad Kamil Mohd. Muazam (gitar) dan Hafizi Harun (drum), Outlet ditubuhkan untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya dadah.

Paling menarik adalah lahirnya sebuah lagu yang berjudul "Aku Perokok Bodoh?"
Memang idea spontan giler tajuk lagu Radhi kali ini, Jadi pada si perokok tegar boleh dengar la lagu ini, pada bakal graduate perokok juga boleh dengar!

Di bawah ini aku share kan video dari youtube lagu Aku Perokok Bodoh ini masih diperingkat spontan. Tiada lyrics serta arrangement yang khusus untuk lagu ini. Semasa video ini dirakamkan, senikata serta arrangement muzik adalah dimainkan secara spontan.





Petikan kata-kata Radhi ke Kosmo
“Sepanjang saya di sini (rumah Pengasih) idea saya memang banyak, antara lagu baharu yang saya cipta di sini adalah Aku Perokok Bodoh dan Tears Spark Street. Semuanya untuk band Outlet. Saya gunakan Outlet untuk berkongsi kisah mengenai dadah dengan masyarakat,”

apa kata hullahup: Katakan Tak Nak pada Rokok! Saya tidak merokok...Anda?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Info Sihat | Kencing Manis Atau Diabetes


Aku sebenar baru lepas melawat tok wan aku yang dimasukkan ke Hospital selepas dilaporkan mengidap penyakit kencing manis atau diabetes, Jadi aku mengambil kesempatan untuk mencari segala petua cara-cara tradisonal untuk rawatan kencing manis ini selain menggunakan rawatan moden.

Berikut beberapa petua Kencing Manis Atau Diabetes:-


Petua 1: Buah Petai Belalang
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMi1tfDYG6J6EnJ-VArrx3DZvESWwoIikQqjsg5_ON8qHJghc_CUBAf7xcFpjVpSjyTKAMDwTxnTH-SiKHcHFaV3I-uIQfAjLIyEMoD7UVR4_DN3RtpRdoynHXc11XbLRE5_m0fkGm0XC4/s1600/petai+belalang+2.jpg
Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur. Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi.

Petua 2: Pokok Kemunting Cina
Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.

Petua 3: Pokok Belimbing Tanah
Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan pulih.

Petua 4: Bunga Matahari
Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

Petua 5: Daun Mengkudu
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

Petua 6: Ubi Kentang
Dapatkan ubi kentang biasa rebus (tanpa garam atau bakar menggunakan (Oven) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi).Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadapi penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal. Selamat mencuba

Petua 7: Buah Nam Nam
Buah Nam Nam atau ada orang panggil buah Puru dan dalam bahasa saintifiknya Cynometra cauliflora Linn.Amalkan memakan buah Nam Nam nie… Rajin-rajin la memakannya. Pada peringkat awal, korang akan terasa kurang selesa pada kawasan pinggang (buah pinggang), peha, punggung, bahu ke leher…

Petua 8: Tebu Hitam

Cari tebu hitam kemudian potong ikut kesesuaian, panjang-panjang sejengkal dan di bahagi 4 tanpa di buang kulitnya. Ini kerana kita hendak rebus tebu tersebut dengan air sebanyak 2 liter (1 1/2 botol 1.5 liter). Masukkan bersama gula batu lebih kurang sebesar ibu jari sebagai syarat. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika suam-suam.

Minum sebanyak satu cawan sekali sehari untuk 2 -3 hari. Baki air simpan dan panaskan bila ingin minum.

PERINGATAN: Sila minum ketika hari cuti dan ketika anda betul-betul hendak tidur. Ini kerana, tindak balas akan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas minum. Anda berpotensi untuk mengalami pening kepala @ kepala pusing tahap tertinggi. Senang cakap, anda akan terasa kepala dibawah dan lantai diatas. Jadi, pastikan pasangan anda memahami apa yang akan berlaku. Sediakan juga tuala basah untuk menutup kepala & muka bagi mengurangkan sedikit kepeningan dan kepanasan sekiranya ada. Bawa-bawa banyak bersabar dalam tempoh pemulihan tersebut.


Petua 9: Manggis
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..
Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih daun manggis tersebut. Daun manggis yang sudah dibersihkan seterusnya direbus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh). Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.

Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.

Petua 10: Senduduk Putih
Keringkan bunga yang belum kembang (hendaklah di kutip sebelum jam 9 pagi) dan remdamkan jadikan tea.

Petua 11: Pokok Pinang
Potong beberapa keping (sebesar 1in/persegi) upeh pokok pinang. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih. Amalkan meminumnya pagi dan malam. Ada juga orang lain

Petua 12: Hempedu Ayam
Menelan hempedu ayam yang telah di simpan dalam peti sejuk (bahagian air batu)

Apa kata hullahup: Segala petua-petua di atas ini adalah ikhtiar kita! Harap ia berhasil 


Pengenalan Kencing Manis / Diabetes
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua kategori semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah.

Apakah Insulin ?
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukosa dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
2. Diabetes bebas insulin
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
4. Diabetes bentuk lain


Masalah Pengidap Kencing Manis
Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

* Kegagalan buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan / Katarak
* Koma (hilang kesedaran)
* Angin Ahmar (strok)
* Lemah Tenaga Batin (lelaki)
* Sakit saraf atau "mati pucuk"
* 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk


Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :

* Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
* Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :

* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.


Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Haram | Kapsul Ada Gelatin Babi

Apa itu Gelatin?

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Kalau tak silap aku, masa zaman sekolah kita dulu ada buku yang memaparkan kegunaan Pokok Kelapa dari pangkalnya sampai hujung. Memang banyak betul kegunaannya.

Aku ingat pokok kelapa lah 'Juara Serbaguna' di alam semesta ini ketika itu.

Tapi sekarang! Nampaknya Babi mengalih tempat menjadi 'Juara Serbaguna' dari seluruh anggota badannya. Chis! Bangang! Yang menjadi mangsa adalah manusia itu sendiri terutamanya yang beragama Islam.


Tapi dalam akhbar hari ini, ada laporan yang kapsul gelatin baru. Tapi yang bangangnya, Apsal dah kata ada gelatin babi tapi tak berani nak dedahkan produk mana yang tercemar dek gelatin babi tu! Kan senang bagitau jer, takut kena tindakan saman ker dengan pembekal @ pengilang tersebut !

"Makanan ni palsu, makanan tu haram....sampai ker ubat pun haram! Penguatkuasaaan mana?

Berita penuh: klik sini!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Info Sihat | 8 Penyebab Anda Lupa

8 Penyebab Anda Lupa

Jika anda kerap atau sering mengalami 'sindrom' lupa yang bukannya 'lupa ingatan'. Sila ambil langkah pencegahan awal dan jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :


1. Kadar gula darah tinggi
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh mengganggu kondisi bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Manakala, Jika anda mempunyai sejarah latarbelakang @ keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sila bawa-bawalah kawal kandungan gula dalam permakanan/ peminuman anda, sebelum terlewat! .

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta melakukan aktiviti-aktivit kecergasan. Sebagai contoh! Berjalan kaki atau jogging adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

2. Kurang berehat
Otak memerlukan tempoh cukup rehat @ tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajamkan daya ingatan anda dengan memastikan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak. Otak Cergas, Minda Cerdas!


3. Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan 'sindrom' ini terdedah kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau golongan yang berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

4. Metabolisme menurun
Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan supllement.

Kenali Vitamin B12:
Vitamin B12 adalah salah satu jenis vitamin yang larut dalam air dan merupakan bagian dari vitamin B complex yang mengandung kobalt, sehingga disebut sebagai sianocobalamin। Vitamin ini berperan penting dalam pembentukan sel darah merah, perbaikan sel dan jaringan yang rusak, sintesis DNA, pemeliharaan sistem syaraf, dan sangat penting bagi pertumbuhan dan perkembangan pada anak-anak।


Sumber Vitamin B12
Vitamin B12 hanya ditemukan dari makanan-makanan yang berasal dari hewan, antara lain daging, telur, ikan, dan unggas (ayam dan itik)। Dalam jumlah kecil, vitamin B12 pun ditemukan dalam tempe, Defisiensi Vitamin B12 Defisiensi vitamin B12 disebabkan karena ketidakmampuan usus halus untuk menyerap vitamin B12, juga karena kurangnya konsumsi makanan yang mengandung vitamin B12। Jika terjadi defisiensi atau kekurangan vitamin B12, maka dapat menyebabkan anemia, peradangan pada syaraf (neuritis), dan dementia ( kondisi mental yang memburuk).

6. Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Info Sihat | Manfaat Mandi


Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: 
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
Boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Info Sihat | Serangan Jantung


SERANGAN JANTUNG

Dalam tahun-tahun kebelakangan kita semakin kerap mendengar tentang kes-kes kematian mengejut akibat serangan jantung di media massa. Kita tentu masih ingat pelakon-pelakon terkenal seperti Hani Mohsin dan Faizal Yusof telah maut secara mengejut. Baru-baru ini seorang lagi nama besar di Malaysia, Datuk Malek Noor pula terkena serangan jantung. Serangan jantung ini tidak mengenal masa, tempat mahupun umur.

Pada tahun 2005, semasa di dalam sebuah perlawanan bolasepak Marc Vivien Foe, seorang pemain terkenal di Liga Premier England (EPL) diserang sakit jantung dan disahkan meninggal di atas padang. Beliau baru berumur 28 tahun. Padahal beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda penyakit langsung sebelum bermain. Jika ada pasti sudah dapat dikesan staf-staf perubatan sebelum memberi kelulusan bermain kepada beliau. Persoalan anda sama seperti saya dan ramai lagi. Apa punca fenomena ini dan bagaimana untuk melindungi diri kita daripadanya?

Bagaimana Serangan Jantung terjadi?

[Serangan+jantung.jpg]

Apa Punca Penyakit Jantung?

Penyakit jantung ialah pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat. Seperti saya dahulunya, anda juga pasti berpendapat bahawa punca utamanya ialah kolesterol. Jika ya anda pasti terkejut seperti saya juga bila mengetahui punca utama sakit jantung ialah inflamasi saluran darah. Kajian Dr Ray Strand menunjukkan bahawa lebih separuh daripada semua pesakit-pesakit jantung di USA mempunyai kadar kolesterol yang normal!

http://medicastore.com/images/heart_attack_ami.jpg
Pada tahun 80-an, pakar-pakar telah menyatakan bahawa tidak semua kolesterol adalah buruk kepada manusia. Mereka telah menemui bahawa HDL (High Density Lipoproteins) adalah baik untuk manusia. Sementara LDL (Low Density Lipoproteins) adalah tidak baik kerana ia melekat pada dinding-dinding arteri dan apabila terlalu banyak ia bagaikan kotoran yang akhirnya akan menyumbat salur paip menyebabkan darah tidak dapat mengalir kerana tersumbat.

Ini menghasilkan inflamasi (bengkak) pada saluran darah. Kunci kesihatan jantung mengikut pengetahuan pada masa itu adalah mengimbangi antara kadar HDL dan LDL. Ini adalah sesuatu yang sudahpun lama diketahui umum. Adakah anda bersedia mendengar pengetahuan yang terbaru?

Kolesterol LDL teroksidasi menyumbat pembuluh darah

Kolesterol LDL bukanlah sesuatu yang buruk sebenarnya. Maha Suci Allah SWT dari melakukan kesilapan dengan menciptanya. Kolesterol LDL yang dikeluarkan oleh tubuh secara semulajadi adalah penting untuk membina membran, bahagian-bahagian sel, dan banyak hormon yang manusia perlukan. Kita tidak dapat hidup tanpanya. Malah jika kita tidak mendapatnya melalui pemakanan, tubuh kita sendiri berupaya untuk mengeluarkannya. Jadi jika kita diet dari memakan bahan yang berkolesterol sekalipun, sebenarnya tidak dapat mengubah tahap kolesterol kita.

Masalah berlaku apabila radikal bebas mengubah sifat asal kolesterol LDL. Ia dilakukan melalui proses oksidasi, seperti pengaratan pada besi. Pada tahun 1989, di dalam New England Journal Of Medicine, Dr. Daniel Steinberg mengeluarkan hasil kajian yang mana jika pesakit mengambil antioksidan dalam kadar yang mencukupi untuk melawan tindakan oksidasi terhadap kolesterol, kolesterol LDL tersebut tidak akan membahayakan kita.

Pada tahun 1997, Dr Marco Diaz telah membuat ulasan yang menyokong kajian Dr Steinberg. Dr Diaz membuat kesimpulan bahawa pesakit yang mempunyai kadar antioksidan yang tertinggi di dalam tubuh mereka ternyata mempunyai kadar penyakit koronari jantung yang paling sedikit.

Bagaimana untuk mengatasi Penyakit Jantung?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXYMQppbOV_ryguvOnj57iAjphi9pUqoNHCBH3k5sYKjWr2wiw7UaYzILw80M0ISppPvupcz_Cjjwg2Bf9KV84I75FFW2M8XVmsd0U9xYtgunoYGXHXUKXGUyxpa8kujAwPFZiiEwH-x-q/s320/60521_pencegah_serangan_jantung_300_225.jpg
Kenyataan Dr Steinberg dan Dr Diaz tadi telah memberi kita beberapa petunjuk untuk kita menjaga diri dari terkena penyakit jantung.

Berita baiknya ialah pengambilan antioksidan dan nutrien-nutrien secara konsisten boleh mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan inflamasi di dalam arteri yang membawa kepada penyakit jantung ini. mari kita lihat beberapa nutrien yang menjadi kunci kepada penyelesaian penyakit ini:

Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang paling penting untuk menjaga arteri kita dari inflamasi dan tersumbat. Sebabnya ialah kerana vitamin E adalah larut di dalam lemak menjadikannya antioksidan yang paling mujarab di dalam dinding sel. Vitamin E boleh menggabungkan dirinya dengan kolesterol LDL. Lebih tinggi kadar vitamin E di dalam membran sel, maka lebih rendah kemungkinan kolesterol LDL diubah strukturnya menjadi buruk kepada arteri.

Vitamin C

Kajian terkini menunjukkan bahawa vitamin C adalah antioksidan yang terbaik di dalam plasma atau darah kerana ia larut di dalam air. Pemakanan vitamin C telah terbukti untuk menjaga dan melindungi fungsi endothelium. Ini kerana endothelium yang bermasalah adalah penyumbang utama kepada proses inflamasi (bengkak) di dalam saluran darah.

Vitamin C juga telah terbukti efektif untuk melindungi kolesterol LDL dari teroksidasi di dalam plasma darah. Seterusnya vitamin C juga berupaya menjana semula vitamin E dan glutathione di dalam sel supaya ia boleh digunakan semula.

Glutathione

Glutathione adalah antioksidan yang amat mujarab yang hadir di dalam setiap sel. pesakit yang mempunyai penyakit koronari jantung didapati mempunyai kadar glutathione yang lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai penyakit ini. Nutrien yang diperlukan untuk sel menjana glutathione di dalam sel ialah:

- Selenium
- Vitamin B2
- Niacin
- N-acetyl-L-cysteine

Bioflavanoid

Beribu-ribu bioflavanoid boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Cara terbaik ialah untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam beraneka warna di dalam diet kita. Setiap warna berbeza mempunyai bioflavanoid berbeza.

Ia adalah anti allergen (anti-alahan) dan juga anti-inflamasi. Jus anggur misalnya mempunyai polyphenol yang boleh mengurangkan kadar kolesterol LDL yang telah teroksidasi yang melekat pada arteri. Ekstrak biji anggur pula dipercayai mempunyai antioksidan bioflavanoid yang terbaik untuk membantu mencegah inflamasi yang kronik.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Azab ! | Cara Terbaik Berhenti Merokok

Siapa yang nak sangat berhenti merokok.

Boleh guna pakai kaedah dibawah ini, tapi nampak azab giler! Mujarab ke pasti mujarab! apa macam ada berani...huhuh

Senaman cangkung separa lutut, selang-seli sedut dan hembus 10 batang sekaligus!

Nikmatinya aromanya!

Air mata perjuangan!

Amalan pemakanan ala-nestum!

Ramuan asas air tembikai tembakau!

Kesedapan yang tidak mampu dipertikai....Sluuurppp!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Obesiti | Lu Hao, Budak 3 Tahun - Berat 60kg

Budak dari China, Lu Hao yang baru berusia tiga tahun tapi sudah mempunyai berat badan 60kg (132lbs) yang kira-kira lima kali lebih berat dari saiz anak normal seusianya.

Ketika dilahirnya budak sihat ini, hanya mempunyai berat badan 2.6kg (5.7 lbs), bagaimanapun, sejak ia berusia tiga bulan berat badannya mula membiak dengan aktif, seaktif pemakanannya. Kalau anda tengok sendiri, mata pun dah sampai tertutup! Iskh! kuat perabih beras sungguh budak ini.

view-source:http://img.thesun.co.uk/multimedia/archive/01277/Lu-Hao1_682_1277169a.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480E2700000578-918_634x422.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CDE00000578-770_634x433.jpg

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2011/03/22/article-1368772-0B480CF700000578-240_634x403.jpg


Obesiti ini sebenarnya diklasifikasikan sebagai penyakit nutsiri. seseorang itu akan dikatakan obes jika, Indek Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35.

Tapi di Malaysia, dalam masyarakat kita, montel menjadi kayu pengukur kesihatan bayi atau kanak-kanak! sedangkan anak yang kurus tetapi cergas selalu dikaitkan dengan tidak cukup makan, malah tidak keterlaluan ibu selalu menjadi sasaran bila keadaan anak begitu. Tidak diberi makan kah? Demam kah? Tenat kah? Kena santau kah? dan pelbagai lontaran persoalan lagi yang kadangkala menjadikan si ibu kecewa.

Obesiti di kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun, mungkin kelihatan comel, tetapi apabila memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan implikasi negatif kepada pertumbuhan sosialnya apabila kerap kali diejek rakan sekelas, malah anak itu juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu di ejek.

Pada usia sedemikian, menyekat selera dan bertukar kepada hidangan menyihatkan juga boleh memberikan tekanan kepada anak tadi yang mungkin terlalu awal untuk memahami apa itu kencing manis, kolestrol dan diabetes.

Anak yang dikategori obesiti apabila berat badannya dua kali ganda daripada berat sesuai, tapi si Lu Hao ini dan lima kali ganda.! Apabila berat itu semakin meningkat ibu perlu segera menukar menu anak-anak kerana obesiti tidak berlaku sekelip mata.

Hakikatnya, kesihatan itu bukan diukur dari pemberatan anak anda? Tapi dari segi mental dan fizikal melalui pemakanan yang ideal dan sihat. Selamat beramal!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Selsema dan Petua Menghilangkannya?

Memang tension giler bile sok-sek, sok-sek (selsema); dah berhari dah ini! Menangung jer! Makan ubat pun tak jalan. Bila dan tak jalan, cukuplah setakat itu je. Ubat-ubat ini pun bukannya elok sangat kalau kita praktikkan! Jangan bergantung 100% pada ubat ini.

Sedikit background demam selsema ini, biasanya memang pakej sekali demam + seleseme

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Ada dakwaan yang aku baca dalam satu entri, bahaya ubat selsema ini, rujuk petikan yang aku rembat

UBAT BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)


BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.


Lebih lanjut, anda baca sendiri di nuriman.wordpress

Apa kata kita cuba kaedah tradisional plak, tapi payah pulak nak cari semua benda-benda 'mengkarung' ni, al-maklumlah, kalau dulu dok kampung memang selamba jer aku lih pi ambik! La ini..dah la kat bandar, pehtu memalam buta camni.

Ayuh! kita lihat ada 2 petua/ kaedah menghilangkan selsema. Ikhtiar la

Untuk golongan dewasa;

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRvI7-zTFbPkUQsKnqTY7mQeaGYOyyDm4UtpMDTN93uztStUcCOc4_YwXZJNLXxXT8IgfALdwBpZqkQH6iknb9Me3LOxNX9WB0_CBtIMyFWoNTRdLnf4N7k-dQL-xZJgFuntfua6ThxeY/s1600/daun_sirih.jpg
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Untuk golongan kanak-kanak/ bayi;

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

http://sitik.files.wordpress.com/2010/01/halia.jpg
2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.