You are here: Home // Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Hulla Indon | Siti Nurhaliza Diklon Siti Liza

Indon Udah Claim! Bisa ngak kita kata...Indo Maling....



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ni memang mempunyai ramai peminat di Indonesia.

Tak kurang juga yang sering menggayakan termasuk meniru cara beliau menyanyi di sana.

Terbaru yang hangat diperkatakan adalah seorang penyanyi baru Resrilliza.

Kerana terlampau minat dengan Siti Nurhaliza, dia menukar namanya kepada SITI LIZA!
“Aku ngefans banget dari awal video clip yang pertama dia (Siti Nurhaliza) dan orangnya juga cantik. Sampai semua orang manggil aku Siti Nurhaliza, makanya mau nggak mau aku bawain lagu Siti Nurhaliza.

“Gak masalah (dihujat), karena dari dulu banyak yang memanggil aku Siti Nurhaliza (mirip). Saya siap terima semua hujatan tentang itu,” kata Siti Liza kepada laman portal hiburan popular negara itu, Kapanlagi.com.

komen aku: Tak sama pung! Tapi cemana pun....ayat tak menahan aku ngefans banget...

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Apahal | AC Mizal Sentap, Ajak Abby Berdebat

Hek eleh kecoh! Aku tengok Polis takde bising apa-apa pun....


Ekoran dari kelantangan Abby Abadi yang kini semacam sudah menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik.

Berikut antara kata-kata yang dilaungkan Abby berkenaan isu PDRM seperti yang terkandung di dalam rakaman video (klik sini) ketika perhimpunan tersebut.



Matlamat Abby ada positifnya, Dia berani bersuara bagi pihak keluarga-keluarga yang teraniaya untuk memastikan kebebasan buat mereka-mereka yg masih berada di dalam tahanan itu.

Tapi entah apahal, muncul tiba-tiba seorang "hero" yang juga bekas rakan se'berlakon'nya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas'.

Dato' AC Mizal saudagar gelang besi sudah kasi sound dalam twitternya ajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

"Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"


Jawapan balas dari Abby:


Apa ke hal AC ini sentap tetiba ni, ajak berdebat bagai!

Kamon la AC Mizal, buat hal masing-masing, hal gelang pun ko tak settle lagi.

Adakah AC Mizal berhasrat nak menjadi calon dalam PRU13 nanti. Cari perhatian ka?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Seksi | Syatilla Melvin @ Tilla Dewi Remaja (Gambar)

Seksi!


Satu lagi wajah gadis cantik, tinggi lampai dan berpewatakan menarik yang bakal menghiasi wajah di kaca tv dan media massa juga cetak selepas ini. Kini sedang hangat dengan Drama BFF Teman Tapi Mesra di TV3.

Pemilik wajah ini adalah Siti Nur Syatilla Bt Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syatilla Melvin tetapi mesra dipanggil Tilla. Syatilla Melvin merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2010. Berasal dari Parit Buntar, Perak.

Biodata ringkas Syatilla Melvin

Nama : Siti Nur Syatilla Bt Amirol Melvin
Tarikh lahir : 08 Februari 1991
Umur : 20 tahun
Keturunan :Eurasian
Agama : Islam
Tinggi : 171 cm
Berat : 49 kg
Facebook: klik sini! (entah! betul ke tidak, anda survey sendirik!)

Berikut beberapa gambar-gamber menarik Syatilla Melvin





Syatilla Melvin @ Tilla Dewi Remaja Mingguan Malaysia Citra Wanita



Apa pun. Dalam banyak-banyak gambar beliau, Inilah gambar yang paling menarik perhatian aku dari Syatilla Melvin...cair aku! huhu


~ dia ni adik beradik juara gadis melayu musim kedua. betul ker? kalau betul, mmg dari acuan yang cantik belaka...minat plak tengok kakak dia Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin @ Fiqa ni.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla RIP | Penyanyi Pop Whitney Houston Meninggal Dunia

R.I.P Whitney Houston - Penyanyi top mati ditangan dadah & akohol

Ratu pop terkenal Amerika Syarikat, Whitney Houston meninggal dunia pada usia 48 tahun. Punca kematian dan di mana mendiang menghembuskan nafas terakhirnya masih belum dapat dipastikan. Namun ia dikatakan akibat kemurungan dan mungkin disebabkan penyalahgunaan dadah.

Whitney Houston mencapai puncak kariernya antara tahun 1980 hingga 1990 an, merupakan artis yang terlaris di dunia ketika itu.

Beberapa lagu yang pernah menaikkan nama Whitney Houston antaranya adalah How Will I Know, Saving All My Love for You, I Will Always Love You dan banyak lagi. Antara pencapaian tertingginya seperti pernah menduduki tangga #1 di carta lagu Billboard 200. Ia juga memegang rekod 7 buah single di tangga #1 di carta Billboard Hot 100, memadam rekod 6 kali yang pernah di pegang The Beatles dan The Bee Gees.

Kepopularan Whitney semakin melonjak dengan menjadi bintang filem Bodyguard. Di filem ini ia bergandingan dengan aktor hebat Kevin Costner.






KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Drama | Slot Ratu TV9: Ariana Mikhail

Drama sebanyak 15 episod dalam slot Ratu pada hari Isnin dan Selasa, 8.30 malam. Membariskan Nora Danish, Sein, Rizman Khuzaimi. Berlatar belakangkan Paris.


Video Promo.




Drama romantik, Ariana Mikhail yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.

Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya.
Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.


Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Drama | Akasia TV3: Cinta Buat Emelda

Adaptasi Karya Aleya Aneesa, Kasih Antara Kita

Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda


Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”


Jadi kepada semua, jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda keluaran Metrowealth yang akan menemui anda menerusi slot Akasia, TV3 pada Febuari ini pada pukul 7.00-8.00 malam setiap hari Isnin-Khamis. Untuk pengetahuan semua drama Cinta Buat Emelda ini diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita oleh Aleya Aneesa. Nantikan....

Senarai Pelakon
Fizo Omar - Aril
Almy Nadia - Emelda/Emira
Mia Sara - Dania (anak kakak emelda)
Amran Ismail - Emeriz

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Drama | Aksi TV3: Apa Celop! Ganti Nilapura

Apa Celop!


Drama baru slot Aksi TV3: Apa Celop! akan menggantikan drama Nilapura. Apa Celop! dibintangi oleh Wan Sharmila dan pasangannya Kamal Adli.


Sedikit info: Apa Celop! sebuah drama aksi komedi yang dijadualkan akan ditayangkan pada 20 Februari nanti. (jika tiada pindaan!)

Penggunaan Apa Celop! mempunyai makna ke arah mencarut, atau menunjukkan keterujaan yang maksima, atau apabila didatangkan situasi yg terlalu 'hampeh' (celaka). Tapi matchkan penggunaan 'apa celup' arahan Ahmad Idham ini dengan penggunaan 'what the f***' dalam filem-filem barat ....ada mungkin kena-mengena!.

Apakah Apa Celop! adalah 'what the fuck?'

Tapi di ada pandangan dan pendapat dari blog-blog, Apa Celop! itu nampak jelas mencarut.

Filem atau drama sangat mempunyai efek ke dalam minda juga sikap masyarakat. Budak sekolah pun boleh pergi terbang dan mati dari tingkat 8 pasal tonton Superman. Remaja di Malaysia pun sama, lebih-lebih lagi remaja sekarang suka bercakap, bercakap di hp, twitter, blog, fb dan sebagainya. Pembudayaan bahasa kotor ini akan lebih cepat tersebar.

Jadi, anda angguk sajalah kalau betul, Kalau tak betul, then kat bawah ada kotak komen...kita kongsi pandangan


Berkenaan drama Nilapura, boleh dikatakan drama ini akan tamat pada 13 Februari. Akhirnya, dah nak habis drama epik tu. Tapi, memang taklih layan la! Pada yang layan cerita ini sorry la..Huhuhu.. Oklah, apakah nasib Apa Celop!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla AJL26 | Keputusan Anugerah Juara Lagu 26, Awan Nano - Hafiz Juara!

AJL26


Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 26:-

Juara Lagu : Awan Nano – Hafiz
Naib Juara : Beribu Sesalan - 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shila Hamzah)
Tempat ketiga : Karma – Faizal Tahir
Persembahan terbaik : Kisah Hati - Alyah
Vokal terbaik : Awan Nano – Hafiz

Anugerah Juara Mobile (khas): Sedetik Lebih - (Edry Abdul Halim/ nyayian asal Anuar Zain/ dinyanyi kan oleh Jaclyn Victor)

Apa Itu Awan Nano?

begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas mencuba menggores pipi
dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu

Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Begitulah Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik sulung nukilan Buddhi Hekayat(gambar)

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Muzik | AJL26 - Sebelum Berlangsung...

Tidak sampai beberapa jam lagi...Layan Dulu

Siapakah Juara Lagu Musim ke-26......

1. Cinta Muka Buku - Najwa Latif



2. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol



3. Kekanda Adinda - Monologue/Atilia




4. Kisah Hati - Alyah



5. Awan Nano - Hafiz Suip



6. Beribu Sesalan - 3 Suara



7. Karma - Faizal Tahir



8. Sedetik Lebih - Jaclyn Victor



9. Penakut - Yuna
10. Gadis Semasa - Yuna





11. Sungai Lui - Aizat




12. Kalau Berpacaran - Ana Rafali/Suhaimi/Altimet


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Seksi | Manohara Nafi Seksi

Ayooo...goyang sampai pagi....huhuh


Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak daripada itu, Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan peragaan di Indonesia. Terbaru, gambar-gambar Manohara yang asyik berparti telah tersebar di Internet.

Latar belakang Manohara
Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992) adalah seorang model Indonesia. Di usianya yang masih muda, tapi ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut Majalah Harper’s Bazaar. Manohara memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis, Indonesia serta berkewarganegaraan Amerika Serikat dan Indonesia.

Merupakan anak dari George Man (warga Amerika Syarikat) dan Daisy Fajarina (keturunan bangsawan Bugis) namun sudah bercerai, Ibunya kini sudah menikah dengan Reiner Pinot Noack yang berkebangsaan Perancis.

Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya malah tidak perasan gambar-gambarnya sedang diambil. Gambar-gambar beliau itu, telah menimbulkan sedikit kekecohan di Indonesia. Namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang gambar itu, dia mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit.

Berikut beberapa keping lagi gambar berparti beliau. - Anda tentukan asli ke tidak gambar ini...




KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Sinopsis | Filem Sumpahan Kum-Kum


Pengarah: Ismail bob Hashim

Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 26 Januari 2012

Pelakon Sumpahan Kum-Kum:
Fezrul : Adi (Pelakon Utama)
Putri Mardiana: Nurul (Pelakon Utama)
Lydiawati: Mak Tom (Pelakon Pembantu)
Echa: Tini (Pelakon Pembantu)
Maimon Mutalib: Mak Leha (Pelakon Pembantu)
Kazaar Saisi: Pak Nuar (Pelakon Pembantu)
Abdul Razak Ahmad: Imam (Pelakon Pembantu)




Sinopsis Sumpahan Kum-Kum:-

Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Rekod | Jumlah Kutipan Filem Di Malaysia Tahun 2011

ombak rindu la paling untung...
modal dlm rm1 jota jek, hasil kutipan sampai rm11 jota...


banyak juga filem yang aku sendiri tidak tahu tentang kewujudannya..

JUMLAH KUTIPAN FILEM-FILEM MALAYSIA TAHUN 2011
BIL JUDUL FILEM GENRE KOS PRODUKSI MULA TAYANG KUTIPAN KASAR (RM) BILANGAN PAWAGAM
1.
Khurafat
SERAM 1.50 juta 13.01.2011 8.08 juta 66
2.
HAQ
AKSI 2.50juta 27.01.2011 0.80 juta 50
3.
Sini Ada Hantu
SERAM / MISTERI / NGERI 1.20 juta 10.02.2011 1.30 juta 40
4.
Kembar Siang
KOMEDI 1.64 juta 24.02.2011 1.21 juta 59
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN 6.82 juta 10.03.2011 6.50 juta 67
6.
Ratu The Movie
PENGEMBARAAN 1.34 juta 17.03.2011 0.20 juta 53
7.
...Dalam Botol
DRAMA 0.88 juta 24.03.2011 0.57 juta 50
8..
Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA 1.00 juta 31.03.2011 1.10 juta 41
9..
Di Larang Masuk
SERAM 1.10 juta 07.04.2011 0.75 juta 50
10.
Senjakala
SERAM 1.51 juta 14.04.2011 1.10 juta 63
11.
Penunggu Istana
SERAM 0.60 juta 21.04.2011 0.89 juta 39
12.
Seru
SERAM / MISTERI / NGERI 1.42 juta 28.04.2011 0.87 juta 46
13.
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM 2.00 juta 05.05.2011 0.55 juta 53
14.
Kongsi
AKSI 1.82 juta 12.05.2011 8.09 juta 87
15.
Nur Kasih The Movie
DRAMA 2.83 juta 19.05.2011 4.93 juta 61
16.
Karak
NGERI 1.14 juta 26.05.2011 4.28 juta 68
17.
Toyol Nakal
KOMEDI 1.21 juta 02.06.2011 0.19 juta 38
18.
KL Gangster
AKSI 1.51 juta 09.06.2011 11.74 juta 71
19.
3 2 1 Cinta
CINTA / KOMEDI 1.50 juta 16.06.2011 0.98 juta 61
20.
Rasuk
NGERI 1.50 juta 23.06.2011 1.03 juta 64
21.
Sekali Lagi
CINTA 1.50 juta 30.06.2011 2.04 juta 60
22.
Tolong Awek Aku Pontianak
SERAM / KOMEDI 1.22 juta 07.07.2011 0.76 juta 51
23.
Flat 3A
SERAM 1.82 juta 14.07.2011 1.44 juta 62
24.
Senario The Movie Ops Pocot
KOMEDI 1.50 juta 21.07.2011 1.06 juta 60
25.
Karipap-Karipap Cinta
KOMEDI 1.91 juta 31.08.2011 0.28 juta 74
26.
Hantu Bonceng
SERAM / KOMEDI 1.51 juta 31.08.2011 8.53 juta 68
27.
Raya Tak Jadi
KOMEDI / KELUARGA 1.06 juta 15.09.2011 3.64 juta 70
28.
Bini-Biniku Gangster
AKSI / KOMEDI 1.82 juta 22.09.2011 4.71 juta 65
29.
Libas
AKSI / KOMEDI 1.88 juta 29.09.2011 0.93 juta 66
30.
Al Hijab
SERAM 1.62 juta 06.10.2011 2.24 juta 65
31.
Klipx 3GP
SERAM / MISTERI 1.02 juta 13.10.2011 1.14 juta 57
32.
Sumpahan Puaka
SERAM / KELUARGA / MISTERI 0.46 juta 20.10.2011 0.31 juta 42
33.
Apa Tengok-Tengok
AKSI / KOMEDI / MUZIK 1.40 juta 27.10.2011 0.19 juta 45
34.
Alamak Toyol
SERAM / KOMEDI 1.82 juta 03.11.2011 3.47 juta 60
35.
Abuya
DRAMA 1.20 juta 10.11.2011 0.22 juta 57
36.
Aku Bukan Tomboy
KOMEDI / DRAMA 1.51 juta 17.11.2011 2.55 juta 72
37.
Misteri Jalan Lama
AKSI / PENGGEMBARAAN / FANTASI / MISTERI / FIKSYEN 1.71 juta 24.11.2011 1.33 juta 65
38.
Ombak Rindu
DRAMA / CINTA 1.56 juta 01.12.2011 10.79 juta * 73
39.
Datin Ghairah
KOMEDI / CINTA 1.20 juta 08.12.2011 0.36 juta * 47
40.
Songlap
AKSI / DRAMA 1.17 juta 15.12.2011 2.02 juta * 76
41.
Suatu Malam Kubur Berasap
SERAM / KOMEDI 1.81 juta 22.12.2011 1.70 juta * 61
42.
Papa I Love You
KOMEDI / DRAMA 1.50 juta 29.12.2011 51

*Kutipan terkini sehingga 30 Disember 2011

Dikemaskini Pada 30/12/11 7:02 PM
ihsan: FINAS

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Kompilasi | Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik - Maharaja Lawak Mega Boboi

Himpunan Kompilasi Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik (Boboi) dalam Maharaja Lawak Mega.


Minggu 1 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi




Minggu 2 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi



Minggu 3 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi



Minggu 4 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi



Minggu 5 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi



Minggu 6 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi



Minggu 7 - Maharaja Lawak Mega Kumpulan Boboi


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Youtube | Budak Kecik Ada Suara Merdu & Sedap Didengar

Ermm...memang ada faktor X..

Kalau ikut pada yang tukang post video ini, budak ini namanya Atikah dari Brunei baru jer darjah 4 kalau tak silap! Apa-apa pun belajar tu kena kasi habis taw! Suara tu kalau sampai besar boleh kekal, lih lah teruskan cita-cita kalau nak nyanyi lepas belajar sok!


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Youtube | Alvin and the Chipmunks 3 - Official Trailer

Alvin and the Chipmunks 3 kembali dengan kisah tiga bersaudara chipmunk (bajing tanah).



KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Youtube | Mission Impossible 4 - Ghost Protocol - Official Trailer

Ethan lakonan Tom Cruise
Tarikh tayang: 21 December 2011


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Worst | Justin Bieber Ikon Fesyen Remaja Kini?

Deyyyy.....

Adakah Justin Bieber ikon fesyen anda? huhuh! Ohhh...jambunya dia..

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla LOL | Bunkface dibanned disebabkan "REFORMASI"

Mungkinkah lagu yang ada perkataan BERSIH pun akan diharamkan oleh RTM?



huhuhu!!! pelawok.


Dengan segala tok nenek punya banyak unsur-unsur negatif : tersebar gambar seksi, gambar bogel, gambar mengarut artis-artis wanita yang sering tersiar dan "terbongkang" di media-media massa mahupun media cetak dan selalu 'panas' dikomplain, sehingga panas buntut artis terlibat dihentam. Itu tak termasuk lagi dengan salah laku moral yang melibatkan artis-artis tempatan.

Tapi sikit pun tak pernah RTM nak ambil kisah atau lebih senang cakap ambil tindakan, hukum, tegur, last-warning atau apa jenis hukuman parol. Ini, bab lirik lagu, punya lah sikit sekelumit ayat, RTM punya lah ambil berat sehinggakan diharam jadahkan lagu ni dimainkan di dalam tv dan station radio milik RTM?

Pui! Puiiii

Berikut kenyataan dari Bunface ;

“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,”

Berikutnya......nantikan saja!!!! Kamon la RTM

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Konroversi | Video: Shida Harmi Nafi Sebar Gambar Mesra Khairul Fahmi, Bakal Ambil Tindakan

Gara-gara Apek "Keeper No.1 Harimau Malaya"





Berikut adalah perbualan terbaru antara Shida Harmi dengan Elia yang di’syaki menyebarkan gambar mesra beliau bersama Khairul Fahmi — alasan, tertinggal pendrive di kafe siber.





Berikut adalah maklumat si penghantar e-mail yang diterima pihak rotikaya.com malam Sabtu yang lalu — menggunakan nama samaran Nurul Hidayah. Hmm.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.