Heran juga aku bila Cicak Tokek ini tersenarai dalam senarai "Top Search Google in Malaysia", Jadi ia menarik perhatian aku untuk mengenali si cicak ini. Huhuh! Sebelum ini aku pernah dengar juga dalam siaran berita, tapi tidak pula aku ambil kisah, begitu juga di media massa, tapi selepas terlihat keterujaan rakyat Malaysia mencari kisah si cicak ini, aku pun tergelumang sama nak kenal si cicak ini, Sesiapa yang belum kenal, bolehlah kenali sikit latarbelakang spesis cicak bernilai jutaan ringgit ini...huhuh!
Laporan dari Utusan Malaysia
Laporan dari Berita Harian
APA ITU TOKEK
![]() | ||||
|
The Tokay Gecko (Gekko gecko) adalah (cicak tokek) yang aktif pada waktu malam dan tidur di siang hari,Tokek boleh di temui bermula dari timur laut India dan Bangladesh, di seluruh Asia Tenggara, Filipina untuk Indonesia dan barat New Guinea. habitat asli adalah pokok hutan tropika dan tebing-tebing, dan juga sering menyesuaikan dengan rumah-rumah yang berada di kawasan kampung dan di tempat tinggal manusia, tokek menjadi kan celah-celah dinding,pokok,buluh celah batu sebagai tempat bermain dan hidup. Pembangunan yang pesat menjadikan tokek susah untuk di temui dan menjadikan harga dia mahal.Tokay Gecko dikenali sebagai tuko atau di Di Filipina orang yang paling menghormatinya dan menghargainya kerana makan hama berbahaya seperti kalaj engking dan lipan raksasa.jangka hayat tokek ini dalam lingkungan 7 – 10 tahun.
Kebaikan Cicak Tokek (Tokay Gecko)
Banyak orang mencari Tokek.Tokek banyak di cari pada masa sekarang dan menjadikan tokek ni salah satu binatang paling mahal dan berharga megalahkan gading gajah,kulit harimau Bengal dan sebagainya.Apakah sifat-sifat atau kelebihan tokek dalam industri perubatan dan mengapa harganya terlampau mahal?
Kajian Sains
Salah satu contoh,daging tokek di gunapakai dalam bentuk makanan atau serbuk dipercayai menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, asma dan juga meningkatkan stamina lelaki. Tapi sampai sekarang tidak ada kajian yang pasti mampu menunjukkan keberkesanan perubatan menggunakan tokek.
Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Wang dari Universiti Henan China telah melaporkan Penemuan ini dan diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology. Tapi ada noresearch pada kajian farmakologi (kajian tentang interaksi antara ubat-ubatan, sistem dan proses kehidupan) dari tokek, bahawa mekanisme kerjanya sebagai anti-tumor masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Dari hasil laporan amalan klinikal yang diterbitkan oleh Medicalnewstoday, Tokek tidak hanya memperkuat sistem kekebalan organisma, tetapi juga boleh menginduksi sel tumor opoptosis sel tumor iaitu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Dalam amalan klinikal, pasukan penyelidik menggunakan tikus betina dalam proses kajian. Selain itu,tokek juga dipercayai menurunkan tindak aktif aktiviti VEGF dan protein bFGF. Protein ini akan menjejaskan pertumbuhan sel kanser. Kesan peningkatan sistem kekebalan dikesan berdasarkan kelenjar timus yang dapat menghasilkan sel-sel kekebalan di leher, pagosit dan sel limpa. Dikenali penurunan ekspresi VEGF dan bFGF protein, dan perbaikan sel apoptotik yang dapat membunuh sel tumor.
Ketika ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang melakukan penelitian tentang keberkesanan dari daging,kulit dan hempedu yang dipercayai untuk menyembuhkan penyakit AIDS, asma dan pelbagai penyakit kulit lain. Hal ini untuk menentukan sama ada rawatan ini benar-benar berkesan atau tidak, dan untuk melihat apakah ada efek samping yang mungkin timbul.sehingga ke hari ni.negara-negara barat sedang berlumba-lumba mendapatkan vaksin yang dapat membantu ramai manusia dalam meyelesaikan masalah kesihatan yang susah untuk di ubati.
Kesimpulan
Gecko telah dikenal sejak beberapa dekad yang lalu sebagai ubat tradisional di China dan juga sebagai salah satu menu makanan di Thailand dan Vietnam dan juga di proses menjadikan ubat untuk masalah kesihatan lelaki.Tokek sekarang termasuk salah satu haiwan yang mempunyai harga jual tinggi di dunia dan hebatnya ia hanya terdapat di Asia tenggara sahaja.
JENIS – JENIS TOKEK
Tokek yang mempunyai harga adalah tokek dari spesis Berbintik merah kebiruan bermata kuning pisang seakan-akan mata kucing dan Tokek berwarna hijau bermata hijau.tokek paling mahal di dunia adalah tokek berbintik merah.manakala tokek hijau jatuh pada no.2 paling mahal di dunia.
Habitat
Tokek boleh di temui di hutan-hutan di Asia Tenggara,Rumah Lama,Tangki Air Lama,Pokok Buluh,Celah Pokok Besar dan kadangkala menjadikan rumah manusia sebagai habitat.
Info-info menarik
Tokek mengeluarkan bunyi yang sungguh kuat, mempertahankan diri dengan mengigit mangsa dan mencabutkan ekor seperti sepecies cicak –cicak rumah yang ada warna yang menarik di panggil pelbagai nama seperti tekek, tokek, pokek dan sebagainya boleh mencapai berat sehingga 10kg dan ke atas. Makanan dia adalah tikus kecik,burung kecik,cengkerik dan serangaa kecil dari badan dia.
Ada yang merupakan pemborong yang memborong tokek dan menjualnye kepada funder2 yang berada di Eropah.Berikut merupakan harga2 yang mereka tawarkan dalam jual beli tokek setakat ini.
1) 400 gram = RM500K
2) 500 gram = RM1juta
3) 600 gram = RM2juta
4) 700 gram = RM3juta
5) 800 gram = RM4juta
6) 900 gram = RM5juta
7) 1000 gram = You Offer (6 juta dan ke atas)
Duit adalah dalam MALAYSIAN RINGGIT.
Harga ini berapi-api, Statistik kejayaan hasil jualan si tokek ini? Kesahihhannya aku pun tak pasti! Nasib si cicak...huhuhu! Apa-apa pun bisnes yang anda lakukan, lakukanlah dengan sebaik mungkin, pada usahawan tokek selamat berniaga!
Kenyataan yang paling mengejutkan aku: Dilaporkan racun cicak tokek lebih bisa dari king cobra untuk pengetahuan semua!..Ia hasil kajian yg dibuat oleh pakar reptilia dunia!..jadi ini bukan cicak sembarangan! Entahlah link: klik sini
Untuk Perbincangan lanjut mengenai Cicak Tokek: klik sini
Paling mencuri perhatian aku, ada satu mamat ini siapa buat syair khas buat Cicak Tokek ini
Kisah Cicak Tokek
Tersebutlah kisah sejenis cicak
Tidak handsome tak juga kacak
Selalu diburu sentiasa dijejak
Katanya harga mahal terlajak
Cicak tokek nama diberi
Khabarnya untuk ubat HIV
Tapi tidaklah dapat dipasti
Samada tipu atau menjadi
Cicak anggak atau cicak putih
Berbagailah nama diberi dipilih
Manusia mencari hinggalah letih
Jutawan segera yang ingin diraih
Cicak di hutan apabila ditangkap
Dibawa pulang dalam perangkap
Diberi sangkar serbanya lengkap
Makan dan minum sanggup disuap
Hari bertukar bulan berganti
Kasihan cicak terkurung mati
Kerana harga terlampau tinggi
Seorang pun tiada mahu membeli
kredit: teh ramuan
KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH



