You are here: Home // Showing posts with label Percutian dan Pelancongan. Show all posts

Hulla Hibur | LEGOLAND Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia


Bakal dibuka : 2012
Lokasi : Nusajaya

Info Taman Tema Legoland Malaysia


  • Projek pembangunan Taman Tema Legoland Malaysia ini mula dibangunkan pada Disember 2009 dengan kos RM720 juta.
  • Legoland dibangunkan kawasan seluas 31 hektar di Medini North, hab gaya hidup Iskandar Malaysia.
  • Legoland Malaysia merupakan pertama di Asia dan ia akan menjadi satu-satunya taman tema seumpama itu di Asia Tenggara.
  • Pas tahunan pra pembukaan - harga RM195 untuk dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak pada masa terhad di mana tiket bayaran sekali masuk ke situ bernilai RM140 bagi dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.
  • Legoland Malaysia adalah merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
  • Legoland mempunyai tujuh taman tema, dengan 50 juta blok lego digunakan bagi menghasilkan 15,000 model yang akan dipamerkan.
  • Legoland Malaysia dibangunkan oleh anak syarikat IIB, IDR Resorts bersama Merlin Entertainments.











  • KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
    Share/Bookmark

    Hulla Indah | Pamukkale, Turki - Spa Mandi Mineral Semulajadi (Gambar)

    Keindahan alam ciptaanNya.

    Spa ala Kolam mineral semulajadi bertingkat yang begitu indah ini terletak di Pamukkale, 19 km (12 batu) utara dari Wilayah Denizli, Turki. Ia terbentuk secara semulajadi akibat kesan gempa bumi.

    Pamukkale berasal dari bahasa Turki "Pamuk' yang bermaksud kapas dan "kale" yang bermaksudi benteng. Diberi nama 'benteng Kapas' mungkin kerana warna putih dominan yang dapat dilihat pada batuan karbonat tersebut.

    Selain menjadi tempat pelancongan yang popular, yang menariknya air di kolam ini juga boleh digunakan untuk mandi-manda dan untuk aktiviti berenang.

    Di bawah beberapa gambar keindahan di Pamukkale, Turki









    KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
    Share/Bookmark

    Hulla Perayaan | "Pesta Cahaya" Hari Deepavali

    Sempena sambutan perayaan Deepavali maka hari ini punya topik khas pasal Deepavali.


    "Deepavali" sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit, apabila diterjemahkan ia bermaksud 'Perayaan Cahaya' di mana penganut Hindu memasang pelita tanah liat yang dipanggil "diyas" atau bentuk lampu yang lain.

    Sementara itu, perkataan Deepavali itu sendiri adalah gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).

    Bila sebut pasal Deepavali antaranya lokasi tumpuan sambutan kemuncak yang biasa adalah di Batu Caves namun kini satu tempat yang juga menjadi tumpuan ketika menjelangnya sambutan perayaan Deepavali ialah di Little India, Brickfields. Dimana tempat ini akan dipenuhi dengan warna dengan pelbagai acara menarik seperti tarian kebudayaan komuniti kaum India, dekorasi kolum dan perhiasan bersempena sambutan Deepavali.

    Bercahaya: Suasana malam hari di Little India, Brickfields - kredit: Rizal's photography

    Mitos Hari Deepavali:
    Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

    10 Info menarik mengenai Deepavali:

    1. Penganut agama Hindu biasanya akan bangun awal dan upacara pertama yang akan dilakukan ialah mandi menggunakan minyak halia dan serbuk kayu manis.

    2. Lelaki memakai dhoti atau kurtas, wanita pula menyarung pakaian sari sutera, sut Punjabi, lengha, suit karisma yang pelbagai warna.

    3. Penganut Hindu tidak suka memakai pakaian berwarna hitam pada hari kebesaran ini.

    4. Menghiasi rumah dan membuat 'kolam' di pintu masuk. - Reka bentuk 'kolam' (motif berwarna-warni) memaparkan elemen-elemen geometri dengan titik, garisan, tiga segi, empat segi, bulatan dan simbol-simbol lain seperti swastika, kerang besar, bunga teratai, trisula, tapak kaki dan bintang.

    5. Pelita dipasang/ dinyalakan dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

    6. Selain Hindu, Sikh merayakan Deepavali “Diwali” dalam rangka memperingati pelepasan Keenam Guru, Hargobind, dari penawanan oleh Maharaja Mughal Jehangir.

    7. Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

    8. Malam sebelum perayaan Deepavali kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

    9. Perjudian bermain kad di Deepavali dianjurkan di banyak daerah di Inda sebagai kaedah untuk mengetahui keberuntungan di tahun mendatang.

    10. Deepavali dirayakan selama lima hari di seluruh India.


    Di antara negara di mana Deepavali dirayakan dengan cara yang unik dan tersendiri ialah India, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Mauritius, Fiji, Guyana, Thailand, Africa Selatan, Trinidad dan Kanada.

    KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
    Share/Bookmark

    Hulla Trip | Bercuti Ke Bandung, Indonesia

    Kota Bandung
    Terletak kira-kira 180 kilometer dari Jakarta, Indonesia sememangnya tidak asing di kalangan rakyat negara ini. Sejak sekian lama, ibu kota Jawa Barat itu dikenali sebagai gedung yang menyimpan seribu satu keunikan.

    Dengan populasi melebihi dua juta orang, kota yang bermula sekitar tahun 1488 itu 'sesak' dengan budaya, sejarah, kesenian dan keindahan alam semula jadi.

    Pada ketinggian 768 meter dari paras laut dikelilingi pergunungan Parahyangan, Bandung diselubungi suhu sejuk antara 25 hingga 30 darjah Celsius sepanjang tahun.

    Di kalangan rakyat negara ini, Bandung lebih dikenali sebagai destinasi percutian keluarga terutama bagi mereka yang gemar membeli-belah.

    http://www.nauticalcurrents.com/amelia/images/24_bandung_airport.jpg

    Timangan Paris Kota Jawa yang diberikan sememangnya tepat. Bandung menyediakan peluang membeli-belah dari gedung terbesar hingga ke deretan kedai di lorong-lorong seperti di Cihampelas (Jeans Street) dan Chibaduyut.

    Jika ke Bandung, kunjungan pelengkap semestinya lawatan ke gunung berapi Tangkupan Perahu yng mana pelawat boleh melihat pemandangan di permukaan kawah gunung berapi dan panorama indah di sekelilingnya.

    Bogor adalah satu lagi destinasi yang menjadi pilihan. Dari Bandung, perjalanan memakan masa empat hingga lima jam. Tarikan di Bogor termasuk istana peninggalan zaman Belanda. Di situ juga terdapat taman botanik seluas 87 hektar yang dipenuhi ribuan spesies flora.

    Di sebelah timur laut, pelabuhan Cirebon dikenali sebagai pusat kebudayaan dan sejarah Pulau Jawa. Jika berkesempatan ke kawasan sempadan Jawa Barat dan Jawa Tengah itu, pelancong boleh berkunjung ke Kasepuhan dan Kanoman yang kini memaparkan khazanah dari zaman berzaman.

    Pada jarak 88 km dari kota Bandung, destinasi seterusnya adalah Tasikmalaya yang terkenal dengan kesenian pertukangan. Di sini pelancong boleh mendapatkan cendera hati dan kraf tangan seperti tikar, payung dan batik yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.

    Untuk sesuatu yang lebih tradisional, pelancong boleh ke Kampung Naga, perkampungan yang masih kaya dengan nilai budaya dan adat setempat.

    Tarikan utama adalah seni bina rumah tradisional dan Upacara Pedaran yang diadakan sekali setahun.

    Tarikan lain yang mungkin ingin dipertimbangkan adalah Gedung Papak iaitu bangunan tinggalan penjajah. Gedung Merdeka yang dibina pada 1895 yang kini dijadikan gedung sejarah.

    Selain itu, rumah Bumi Silwangi-Bangunan yang dibina pada 1825 menyajikan pemandangan indah kota Bandung. Tempat-tempat lain antaranya Hotel Savoy Homann, Villa Isola, Grand Hotel Preanger, Gedung Sate, Masjid Cipaganti, Muzium Geologi, Muzium Sri Baduga Maharaja.

    Jika melancong ke Bandung, jangan lepaskan peluang untuk menaiki angkot, khidmat teksi yang boleh membawa penumpang ke mana sahaja.

    Angkot lebih mendapat sambutan kerana pengangkutan bas yang tidak begitu meluas.

    Jika boleh menyewa sendiri kenderaan, itu sebenarnya yang terbaik bagi membolehkan anda menyelongkar setiap pelosok kota.

    Peta Bandung (untuk lebih jelas klik image)

    Hotel di Bandung

    Guci Hotel
    Lokasi: Pasir Kaliki
    Harga: RM 135/room

    d'Batoe Hotel
    Lokasi: Pasir Kaliki
    Harga: RM 210/room (Weekday) | RM 245/room (Weekend)

    Sukajadi Hotel
    Lokasi: Sukajadi
    Harga: RM 170/room

    Aston Primera Hotel
    Lokasi: Pasteur
    Harga: RM 275/room

    Topas Galeria Hotel
    Lokasi: Pasteur
    Harga: RM 95/room (Weekday) | RM 120/room (Weekend)

    Lokasi: Pasir Kaliki
    Harga: RM 145/room (Weekday) | RM 190/room (Weekend)

    Selanjutnya: Klik sini!

    Here are some of factory outlets or distro in Bandung for your enjoyable shopping :

    AROUND SETIABUDI AREA

    http://img27.imageshack.us/img27/8937/090322092749.jpg

    Rumah Mode Plus - sebelah rumah mode
    Galery Fahsion Outlet – sebelah Mode Plus
    Lafayette- Jl Setiabudi sebelah Hoka-Hoka Bento
    Zenith - Jl Setiabudi 64
    Phantasia Barby Gallery - Jl Sersan Bajuri100
    FO Store - Jl Setiabudi 73
    Natural FO - Jl Setiabudi 43
    Linoleum - Jl Sariasih 21
    Fiore - Jl Setiabudi 56
    Distro House - Jl Setiabudi 41F Lt 2

    AROUND CIHAMPELAS AREA

    http://disparbud.jabarprov.go.id/wisata/fimages/Pusat_Pebelanjaan_Cihampelas.jpg

    Warung Gaul Factor Outlet - Jl Cihampelas 151
    Army Look - Jl Cihampelas 135
    Galleria - Jl Cihampelas
    Kelom Geulis Keng - Jl Cihampelas 205
    Parijs Van Java Boutiqe Outlet - Jl Cihampelas
    Korek Api Jeans - Jl Cihampelas 168
    Fiberbolt, Jl Cihampelas Walk
    and many Jeans / Fashion store with competitive prices

    AROUND DAGO AREA

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF5DojhC1zFSaRrAD0724n6q3quNB7LY4cTAaxIJe6nROBZ2NuicT4VSnnA0V8OHRBVe0IIJMT3ARTTuTNfJt8i5Wf1MLWKjwYUGfjKQEh8yvg6Jh9pMQWeVE8NyARXIqZZ8bGrMniVFY/s400/dago_8.JPG

    Happening - Jl Ir H Juanda 14
    Up Town - Jl Ir H Juanda 123
    Glamour - Jl Ir H Juanda 108
    Blossom - Jl Ir H Juanda 112
    Flashy - Jl Dipati Ukur 1
    Episode - Jl Ir H Juanda 125 022-2501515
    Raffles City - Jl Ir H Juanda 106 022-2502139
    Victoria - Jl Ir H Juanda 111 022-2516868
    Grande - Jl Ir H Juanda 118
    Jetset - Jl Ir H Juanda 116
    Level - Jl Ir H Juanda 138
    Arena Experience - Jl Ir H Juanda 207
    Donatello - Jl Ir H Juanda 104 022-2501167
    MM Dago The Nice Shop - Jl Ir H Juanda 81-83
    Solution Boutique Outlet - Jl Ir H Juanda 91
    Seximo - Jl Ir H Juanda 106
    Rich & Famous - Jl. Ir H Juanda
    Justine Shoes and Bags - Jalan Ir.Djuanda
    DSE - Jl Diponegoro 2

    AROUND RIAU AREA

    The Secret - Jl Laksmana L RE Martadinata 47
    Stamp - Jl Laksmana L RE Martadinata -simpang Banda
    Heritage - Jl Laksmana L RE Martadinata
    The Summit - Jl Laksmana L RE Martadinata 61
    Branded Club - Jl Laksmana L RE Martadinata 55
    Terminal Tas - Jl Laksmana L RE Martadinata 32
    For Men - Jl Laksmana L RE Martadinata 36
    Riau Stock Mall - Jl Laksmana L RE Martadinata 160
    Osso Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata 34
    Clover - Jl Laksmana L RE Martadinata 107
    Solution Boutique Outlet - Jl Laksmana L RE Martadinata
    Renaritti - Jl Laksmana L RE Martadinata 26
    China Emporium - Jl Laksmana L RE Martadinata
    Oasis - Jl Laksmana L RE Martadinata 57
    18th Park - Jl Laksmana L RE Martadinata


    OTHER AREA

    Herreds - Jl Aceh 64
    M & M Sabang - Jalan Sabang
    Carvieno - Jl Soka
    Bale Anak - Jl. Sumatra
    Anakecil - Belakangnya gedung sate
    Anakku – Berdekatan Hotel Unik & Hotel Mutiara
    Cargo - Jl P Diponegoro 30
    EST Gallery - Jl Sumatra 24-30
    Air Plane - Jl Aceh 44
    Big Price Cut - JL Aceh 66
    Merdeka Arcade - Jl Merdeka 35 depan BIP
    Banda Boutique Outlet - Jl Banda 25
    Rockmen - Jl Purnawarman 51
    Cosmic - Jl Trunojoyo No. 23
    Black Jack - Jl Trunojoyo No. 19
    Arella Big Size, Jl Dago
    Fabulos (original JERSI)
    Toko Tiga (original JEANS)

    Indonesia Airport Tax
    (Pembayaran airport tax semasa perjalanan pulang ke Malaysia)
    ** Bandung = Rp. 75 ribu/pax
    ** Jakarta = Rp. 150 ribu/pax

    Website Money Changer

    Exchange Rate: klik sini!
    free Desktop Currency Converter :-v4.0: klik sini!
    @ online converter : klik sini!

    Embassy of Malaysia at Jakarta Indonesia
    Jl. H.R. Rasuna Said Kav. X-6 No. 1-3
    Kuningan, Jakarta Selatan 12950
    Tel (62-21) 522-4947
    Fax (62-21) 522-4974

    Khidmat Bas Ekspress
    Airport Jakarta ke Bandung @ Bandung Ke Airport Jakarta

    Cipaganti : Direct shuttle service from Jakarta's Soekarno-Hatta Airport to Terminal at the Bandung Trade Center (BTC) on the western side of the city.
    Price : Rp. 75,000/person

    Primajasa : Direct shuttle service from Jakarta's Soekarno-Hatta Airport to Bandung Super Mall (BSM).
    Price : Rp. 75,000/person

    X-Trans : Direct shuttle service from Jakarta's Soekarno-Hatta Airport to Bandung Terminal Bus.
    Price: Rp. 75,000/person


    Shoping Mall In Bandung

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6ThHNCBk8bBvMrLcWn9Ee5dc87zLgQ8G0ll9_jD1sXh8i0lNfV6ORcpNZQSBL8Q8rcRWje1ycH0IvHodZx4MkazMaXTf7-IZWHuiMzC4ZYp8OQHbNOO6hT9dUFJGQLdFNaI65PxHX3hU/s400/Bandung-Super-Mall.JPG

    01) Bandung Indah Plaza, Jln Merdeka No. 56
    02) Bandung Super Mall, Jl Jend Gatot Subroto No. 289
    03) Plaza Dago, Jln Hr. Juanda No. 61
    04) King Shoping Centre, Jln Kepatihan No. 11-17
    05) Planet Dago, Jl. Ir H. Juanda No. 3
    06) Premier Plaza, Jln Cihampelas
    07) Setrasari Mall, Jl. Suraya Sumantri
    08) Yogya Super Store, Jl. Dalem Kaum
    09) Be Mall, Jl Naripan No. 89
    10) Cihampelas Walk, Jln Cihampelas No. 160
    11) Carrefour Molis Hypermarket, Jl Peta No. 241 Lingkaran Selatan
    12) Bandung Trade Centre, Jl Dr. Djunjunan No. 143-149
    13) IBCC, Jl. jend Ahmad Yani No. 293
    14) Bandung Electronik Centre, Jl PurnawarmanNo. 13-15
    15) Paris Van Java, Jl Sukajadi No. 137-139
    16) ITC Jl Pungkur, Kebun Kelapa
    17) Pasar Baru Trade Centre, Jl Oto Iskandar Dinata


    Shoping Mall In Jakarta & Tempat Popular Di Jakarta

    JAKARTA PUSAT :
    Mangga Dua
    Tanah Abang

    JAKARTA SELATAN :
    Sudirman
    Senayan
    Tebet
    Kuningan
    Kemang

    JAKARTA TIMUR :
    Jati Negara
    Kramat Jati
    Matraman

    1. Tanah Abang Mall
    2. ITC Mangga Dua & Pasar Pagi Mangga Dua
    3. Mangga Dua Mall
    4. Pasar Mayestik
    5. Pasar Tebet
    6. Ambassador Mall
    7. ITC Kuningan
    8. Pasaraya Grande
    9. Grande Indonesia
    10.Plaza Indonesia
    11.Metro Pasar Baru & Harco Pasar Baru
    12.Pasar Tasek


    Spa & Massage In Bandung


    http://img.agoda.net/hotelimages/718/71854/71854_0906090832001445993_STD.jpg

    1)Roger's Dago, Jl Ir H Juanda 97.Phone : 022-2534287, 022-2502662
    @ at Jln Pelajar Pejuang 45 No 76 south Bdg, Tel: 022-731 9154 110k
    2) Vintage Chic Spa, Jalan Raden Patah 6, Dago, Bandung, Indonesia,
    Phone: +62 22 253 3609, +62 22 250 1353 : link
    3) Braga Walk City DA VINCI Spa/Salonreflexology
    4) SWARGHA, Jl. Diponegoro, sebelah sky fm, depan rumah makan sunda near gedung sate.
    5) Black, Jl Haji Wasid @ Evergreen, Jl Cipaganti
    6) Everyday Spa-Graha Manggala Siliwangi, Jl. Aceh No.66 Bandung, Reservation (62-22) 4261466
    @ Jl.Karangsari No. 12 Bandung, Reservation (62-22) 2043322
    7) Citra, Jl. Cibadak No. 117, Tel : 022 6031652
    8) My Place, Gedung BanceuyLt IV, Jl Banceuy No. 8
    9) Sari Ayu, Jl Astana Anyar No. 60, Tel : 022 6015948
    10) Melati II, Jl Dr. Setiabudi No. 138, Tel : 022 2035277

    Brownies Kek, Kek Lapis, Aneka Roti Mellon, Kuih Muih dan Biskut Bandung

    http://www.tobaphotographerclub.com/data/media/26/tes.jpg

    1) Amanda Brownies Outlet
    2) Kartika Sari Outlet
    3) Prima Rasa Outlet
    4) Mayasari Outlet
    5) Sriwijaya Outlet
    6) Holland Bakery Outlet
    7) Kedai Mkn Kalimantan (di pasar baru lantai 6) – Kek Lapis Sahaja (harga = Rp75 ribu/1 kotak)


    Tempat Jualan Oleh-Oleh & Jajan Bandung
    Kerepek, Tempe, Ocom, Singkong, Pisang Sale, Kacang Bandung, Dll

    http://3.bp.blogspot.com/_K3P6Uq1h2EM/S8rlvRep_jI/AAAAAAAACU0/RWmzxwXf1Vg/s1600/bandung+apr+2010+056.jpg

    1) Pasar Baru
    2) Pasar Kosambi
    3) Jl. Cihampelas Area
    4) Jl. Ahmad Yani No. 733
    5) Jl. Pasirkoja Area

    Tempat Jualan Cenderamata Bandung

    1) Pasar Baru
    2) Jl. Cihampelas Area
    3) Jl. Dago Area

    Tempat Tempahan Langsing/Gordeng di Bandung

    1) Pasar Baru
    2) Jl. Alkateri Area

    Tempat Jualan Door Gift, Tempahan Kad Undangan & Peralatan Perkahwinan di Bandung

    1) Pasar Baru
    2) Jl. Cibadak Area

    Tempat Jual Perfume – Collector Perfume

    1) Jl. Paledang No. 58, Bandung
    2) Jl. Pasirkaliki No. 148, Bandung
    3) Jl. Gatot Subrota No. 271, Bandung


    Taman Wisata In Bandung

    http://paketwisata.blog.com/files/2011/01/kawah-tangkuban-perahu1.jpg

    1) Tangkuban Prahu
    2) Ciater (Hot Spring Sari Ater)
    3) Ladang Stawberry
    4) Green Tea Carpet
    5) Kawah Putih Ciwidey
    6) Ladang Stawberry Ciwidey
    7) Kebun Binatang Bandung
    8) The National Geological Museum
    9) Taman Bunga Cihideung
    10) Persembahan Saung Angklung Ujo
    11) Susana Budaya Ganesha
    12) Museum Sri Baduga
    13) Kampung Gajah


    Kadar perjalanan : Bandung Utara (perjalanan 45 minit (sehala) dari Bandar Bandung)
    Tujuan Utama : Kawah Tangkuban Prahu / Ciater
    Bandung -> Lembang-> Tangkuban Prahu-> Hot Spring Ciater->Wisata Stawberry-> Green Tea Carpet-> Kampung Daun

    Kadar perjalanan : Bandung Selatan (perjalanan 2 jam (sehala) dari Bandar Bandung)
    Tujuan Utama : Kawah Putih / Situ Patengan, Ciwidey
    Bandung -> Kawah Putih-> Pemandian Air Panas Ciwalini/Penangkaran Rusa Ranca Upas ->Wisata Stawberry


    Taman Wisata In Puncak-Bogor

    http://www.weltrekordreise.ch/bilder%20id/015-P1080426.jpg
    1) Taman Safari
    2) Kebun Bunga

    Tempat Wisata In Jakarta

    1) Ancol/Taman Dufan
    2) Taman Mini Indonesia Indah
    3) Nasional Momument Indonesia (Monas)
    4) Masjid Istiqlal

    Harga Tiket Masuk Taman Wisata :

    Taman Mini Indonesia : Taman Mini; Taman Mini-Harga

    Taman Ancol, Jakarta : Ancol; Ancol-Daftarharga

    Taman Safari, Puncak-Bogor : Taman Safari; Taman Safari-EntranceFee
    Rp. 125 ribu/per pax
    Rp. 15 ribu/1 kereta

    Tangkuban Prahu, Bandung
    Rp. 50 ribu/per pax
    Rp. 15 ribu/1 kereta

    Ciater (hot spring sari ater), Bandung
    Rp. 18 ribu/per pax
    Rp. 15 ribu/1 kereta

    Taman Stawberry, Bandung
    Rp.5 ribu/per pax

    Persembahan Angklung Ujo, Bandung : Link!
    Rp. 85 ribu/per pax

    Kawah Putih-Ciwidey, Bandung
    Rp. 65 ribu/per pax

    Kebun Binatang, Bandung : Link!
    Rp. 11 ribu/per pax


    Khidmat Keretapi

    http://i.okezone.com/content/2010/04/29/340/327459/5PIPbxlznX.jpg

    JAKARTA [Gambir] (GMR) - BANDUNG (BD) @ BANDUNG (BD) - JAKARTA [Gambir] (GMR)
    http://www.kereta-api.co.id/

    ARGO_PARAHYANGAN : TIKET EXA Rp. 50,000/person

    ARGO_PARAHYANGAN : TIKET EKSA Rp. 55,000/person

    KA Parahyangan mulai dioperasikan pada tanggal 31 Juli 1971 menelusuri Alam Pegunungan Priangan Bagian Barat dari Bandung menuju Jakarta dan sebaliknya. Perjalanan sejauh 173 km ditempuh dengan waktu rata-rata 3 jam


    Senarai Restoran Halal di Bandung

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFppJYzxN0mLGwr8muyNJrnRPtdzpTh6_vi8svOB5wFNGrZZBPLFisJ_-Rnj0gesqhUicUT29JeHXrqyoy574-zySCw8GBHJLsUysdgCpRC59JA9PZPRmBma-MJVcSNOEDN8TkLvPksgPo/s400/BANDUNG-7.jpg

    1) Restoran Dapur Sangkurian “Sari Pawon”
    2) Restoran Kampung Daun
    3) Restoran Sapu Lidi
    4) Restoran Pa Chi Met
    5) Restoran Karamba
    6) Restoran Ampera
    7) Restoran Simpang Raya
    8) Restoran Mangga
    9) Restoran D’cost
    10) Restoran Natrabu
    11) Restoran Padang Sederhana
    12) Restoran Baso Malang Karapitan
    13) Restoran Batagor Riri
    14) Restoran Bumbu Desa
    15) Oh Lala Café
    16) The Stone Café
    17) Restoran Sidang Reret (Ciwidey, Kawah Putih)
    18) Restoran Raja Melayu
    19) Restoran Ayam Goreng Suharti
    20) Restoran Sari Sunda

    Antara Jajanan Khas Bandung :

    1) Awug - Jln A Yani depan No. 383
    2) Batagor Riri - Jl Burangrang
    3) Baso Tahu Saboga - Jln Burangrang
    4) Batagor M. Ihsan - Jln Burangrang
    5) Baso Mangja'i - Jl Gudang Selatan
    6) Bakmi ABG - Jln Gudang Selatan
    7) Baso Akung - Jl Ladaya
    8) Bubur Ayam - Jl Juanda 51, Jl Banteng, Jl Lodayo, Jl Asia Afrika
    9) Cireng Cipaganti - Jl, Cipaganti
    10) Gado-Gado - Jl Teungku Angkasa
    11) Goreng Cendana - Jl Cendana
    12) Kupat Tahu - Komp. Pasar Gempol, Jl Cihapit, Jl Stasium Selatan
    13) Surabi - Jl Setiabudi, Jl Cihapit(pagi), Jl Martanegara (pagi), Jl Sukajadi
    14) Mie Kocok - Jl Karapitan, Jl Sunda, Jl Suryani, Pasar Baru, Jl Banteng
    15) Martabak San Fransisco, Jl Burangrang


    Khidmat Transport (Car rental) & Supir Di Bandung/Jakarta

    Tel : +6281221401090 (Iwan Setiawan, Bandung, Indonesia)
    Tel : 0173029722 (Bella, Cheras, Selangor) – Email Bella : syabilah@gmail.com
    Facebook iwan : setiawantrans@gmail.com

    Kereta : Suzuki Karimon Astilo, Apv Suzuki, Toyota Avanza, Innova, Kia Pregio, Isuzu Elf (Coster) & Bas
    Transport Pakage All In : Sewa Kereta / Supir / Tour Guide / Petrol / Parking / Tol
    (tiket masuk kesemua tempat & taman wisata tidak termasuk dalam harga pakage transport)
    Hotel : Untuk booking hotel juga boleh jika booking tapi harus booking sekali dengan transport, cuma bagitau ingin hotel apa?

    Khidmat pengangkutan lain: 
    Angkot @ Angkutan Kota


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvOuvsJwFDXTbAZL6jgVs8UGYVCN_pySQ7nepSAmCNaR1A1IZfJZFxQPAVSEu9QWNuSOR_Zn-RDXdsy31-lueXOd_t5c1UWr9hDDxmAF9Z3PsstLOzAgyZp7TACzcKWYVNh2dzFECTRlSM/s320/Angkot+bandung.JPG

    Bandung biasanya menggunakan angkutan kota atau yang lebih akrab disebut angkot selain bus kota dan taksi.

    Indonesia Tourism : Klik sini!

    Kemaskini: 10 April 2011

    KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
    Share/Bookmark

    Telah di buka sebanyak:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Copyright © 2010 harian hullahup.
    Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.