You are here: Home // Showing posts with label Dunia. Show all posts

Hulla Damai | Perkampungan Greenland Penuh Warna-Warni

Kenapa kita tak blih buat! 

  Cantik kan! tak perlu pun bangunann yang canggih-manggih....


Tidak tersentuh, terpencil dan sulit dijangkau, Greenland adalah sebuah alam liar di mana banyak jalan yang belum ada, pemandangan yang belum terjamah dan tentu saja membuatkan anda terpesona. Dengan tidak adanya pokok, jalan serta hampir tidak ada orang, pulau ini tentu saja lebih banyak diisi oleh Dwarf daripada manusia. Meskipun sejuk, Greenland adalah sebuah tempat yang tidak boleh dilupakan dengan auroranya yang magis dan rumah-rumahnya yang berwarna-warni.

Kalau dia Malaysia, takde perkampungan yang kita boleh cuba praktik cara seperti yang dibuat ini...cantik juga wooo! tenang mata memandang, jiwa bagai dibuai-buai (huh! kena ke perumpamaan aku buat ini! redah jer...tapi camtu lah maksudnya...TENANG!)






KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: , ,

Hulla Info | Pokok Terbesar Didunia: General Sherman tree

besar punya....General Sherman tree



General Sherman tree! dilaporkan ketika ini adalah merupakan salah satu daripada pokok-pokok yg paling tinggi di dunia dari jenis Giant Sequoia yang memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Usia dianggarkan diantara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi , tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam kelasnya. Di tahun 2002 pokok ini pernah diukur sebesar 1487 meter.



Pohon Sherman ini telah memegang gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931, dilihat dari faktor kematangannya. Ia terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia, California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.

 Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar setiap tahun. Diameternya 1.4 meter di atas tanah adalah 7.7 meter, 18 meter di atas tanah adalah 5.3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah 4.3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40 meter.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Hulla Win | Apakah ini? Cuba Teka...Cuba Teka!

Apa tu?


Apakah ini, Cuba Teka...Cuba Teka! Jawapan itu pastinya tak 'mari' kalau anda renung imej dengan terlalu rapat, jadi cadangan aku! Kasi tengok dari jarak yang lebih jauh dan luas...Pasti dapat jawapannya! Nak jawapan, baca seterusnya....

Mabeles! Ia sebenarnya adalah sebuah lakaran lukisan salji yang dibuat secara besar-besaran yang disiapkan oleh Sonja Hinrichsen di Rabbit Ears Pass, Colorado. Setiap garis-garis dibentuk menggunakan dari satu langkah-langkah, jadi confirm untuk membentuk lukisan ini si pelukis memerlukan masa yang agak panjang untuk menyelesaikkannya.








KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Wow! | Konsep Wang Kertas Bercahaya Dalam Gelap

Wang Kertas Bercahaya, Sangat Cool!


Kreativiti manusia memang tidak ada batasnya. Apa saja yang dibayangkan dari sebuah impian akan cuba dijelmakan dan diciptakan, walaupun kadang-kadang idea atau impian yang dibayangkan itu tak masuk akal dan pelik mungkin dianggap merepek. Tapi semua itu perlu langkah awal sebelum sesuatu itu boleh dihasilkan. Contohnya seperti ciptaan lembaran wang kertas yang boleh bercahaya atau menyala dalam gelap.

Kalau diperhatikan memang ia canggih dan unik. Boleh bercahaya dalam gelap dan kemungkinan jika hilang atau terselit dimana-mana akan cepat untuk kita temukan semula.

Designers: Jaesik Heo, Hojoon Lim & Dahaeng Lim

Berikut dibawah adalah gambar wang kertas yang boleh menyala dalam gelap:-


KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Rekod | Kehidupan Harian Seorang Lelaki Terpendek (16 Gambar)

 Lelaki Terpendek!

Seorang lelaki Nepal berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi berdiri bangga dengan ketinggian 52cm (22-inci) dan menjalani kehidupan sebagai manusia terpendek.

Rekod semasa manusia terpendek di dunia kini dipegang oleh seorang rakyat Filipina Junrey Balawing, yang berukuran 59,93 cm. Beliau mengesahkan gelaran itu tahun lepas daripada Khagendra Thapa Magar, 18, yang mempunyai ketinggian 67 cm.


Berikut rentetan perjalanan jauh beliau dari sebuah kampung kecil ke Kathmandu untuk mengesahkan ketinggian dengan Guinness World Records.















KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Wow! | Pulau Tropika di Dalam Kubah (Tropical Island, Germany)

Mabeles!!!!


Agak biasa kalau kita dengar ada kubah di pulau, tapi macamana kalau ada pulau di kubah? Ada ker? Hebatkan!!! Tapi ini memang ada kawan. Pastinya bermula dari impian dan diciptakan untuk dijadikan kenyataan yang agak luar biasa.

Semua tahu di Eropah bukan kawasan beriklim tropika? Jadi adalah mustahil untuk membina sebuah taman hutan hujan di sana. Untuk mendapatkan suasana hutan hujan mereka harus berkunjung ke Asia atau Amerika Selatan dan memerlukan kos yang bukan murah harganya kan! Lalu dari keadaan itu, maka mereka membawa hutan hujan ke Eropah.

Semua itu dapat anda saksikan jika berkunjung ke Jerman, sebuah kubah yang besar menempatkan hutan hujan yang dinamakan Tropical Island, terletak di sebuah kota kecil Krausnick, tidak jauh dari Ibu Kota Jerman, Berlin. Tropical Island merupakan sebuah kubah besar berukuran 6,7 kilometer persegi, bersamaan lebih kurang dengan lapan buah padang bola sepak. Kubah ini memiliki ketinggian 107 meter, iaitu lebih tinggi dari Patung Liberty dan Menara Eiffel. wow?!


Selain dari dapat menikmati hutan hujan sambil berjalan-jalan di sekitarnya, pengunjung juga diberikan peluang menaiki Island Ballooning atau belon udara yang mampu terbang setinggi 60 meter ke atas kubah Tropical Island, jadi pengunjung boleh melihat kawasan sekitar dari atas...Perghh! mantap


Berikut beberapa gambar-gambar sekitar Tropical Island:-













Itu dia sedikit info tentang Tropical Island, sebuah Pulau tropika di dalam kubah. Jadi jika mereka mampu mendatangkan hutan hujan ke Eropah, mengapa kita tidak boleh mendatangkan iklim Eropah ke Malaysia...ye tak??? Pihak mana? dan Siapa yang mampu merealisasikan...Silakan

kredit: tropicalisland.de

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.