You are here: Home // Showing posts with label Umum. Show all posts

Hulla Info | 50 Tips Untuk Membina Keluarga Bahagia - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

50 Tips Untuk Membina Keluarga Bahagia

Bagus untuk kita jadikan panduan untuk membentuk keluarga bahagia dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga kita. In Sha Allah.



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Tips | Untuk Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti

ZZzzzz......


Waktu cuti kerja, atau cuti sekolah! waktu yang sesuai untuk merehatkan diri. Dan Tidur adalah pilihan yang paling mendapat tempat oleh semua orang di dunia. Setuju tak?! Ya.. Tidur bukan hanya untuk kita recharge semula energi yang telah kita gunakan seharian untuk mengerjakan berbagai aktiviti tetapi tidur adalah salah satu sunnah Rasulullah.

Perkara pokoknya bukan ditentukan lama mana tidur, tetapi bagaimana untuk kita memaksimakan kualiti dalam tidur kita? Mungkin ada atara anda yang mengalami masalah dengan tidur anda seperti mengalami mimpi buruk, gelisah, tidak dapat tidur (insomnia) dan pelbagai gejala-gelaja lain. Bahkan ada juga yang hanya boleh tidur dengan meminum ubat tidur (bahaya tuh!).

Jadi, jom kita praktikkan cara Rasullah s.a.w dalam tatacara tidur yang baik, agar tidur kita lebih berkualiti. Berikut antara adab/ tatacara tidur yang dipraktikkan Rasulullah:

1. Berwudhu sebelum tidur.
2. Mengibaskan tempat tidur dari kotoran, sambil mengucapkan Bismilllah & Sholawat..
3. Bermuhasabah dengan rewind semula amalan2 kita, apakah yang kita lakukan hari ini sudah lebih baik dari sebelumnya..
4. Berzikir dan Berdoa.
5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, & An-Naas..
6. Lebih sempurna lagi bila membaca Ayat Kursi atau surah Al-Baqarah..
7. Kemudian membaca Doa Tidur: Bismikaallahumma ahya wa bismika wa amuut, ertinya "Dengan nama-Mu ya Allah SWT, aku mati dan hidup"
8. Tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kanan.
9. Lebih sempurna lagi bila menghadap Kiblat.
10. Tidak tidur dengan posisi telangkup, kerana ia adalah posisi tidur Syaitan.
11. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi, yaitu tangan kanan sebagai bantalnya.
12. Jika takut/ gelisah, berdoa: Aku berlindung dengan kalimat Allah yg sempurna, dari kemarahan & siksaanNya
13. Jika bermimpi buruk, berdoa: Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan & dari keburukan apa yang aku lihat
14. Jika bermimpi buruk, cuba mengubah posisi tidur.
15. Jika masih bermimpi buruk, bangun dan solat malam.
16. Jangan tidur telanjang, walau berselimut, harus pakai baju tidur.
17. Matikan api/lampu, tutuplah makanan & minuman, pintu dan pintu.
18. Ketika bangun, disunnahkan mengusap wajah dengan kedua tangan.
19. Setelah bangun, mencuci kedua tangan.
20. Setelah bangun tidur, lebih sempurna lagi segera membersihkan diri kemudian berwudhu.

Semoga tidur anda akan lebih berkualiti dan bermanfaat dari sebelum.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Dulu vs Kini | Antaramuka Laman Popular Sebelum Popular

Antara beberapa laman web yang terkenal ketika mereka 'masih kecil'.












KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla R.I.P | Socrates Lejen Bola Sepak Brazil & Dev Anand lejen Bollywood

Keduanya takde kena-mengena, tapi menghembuskan nafas terakhir pada tarikh yang sama!

R.I.P Socrates. Lejen Bola Sepak Brazil

Kapten Brazil di Piala Dunia 1982 ini menghembuskan nafas terakhir setelah tidak mampu berjuang melawan penyakit di bahagian ususnya. Beliau meninggal dunia di Rumah Sakit Albert Einstein, Sao Paulo.

Ketika aktif bermain, Socrates pernah bermain di Botafogo, Fiorentina, Flamengo dan Santos, serta memperkuat Brazil sebanyak 60 kali.


R.I.P Dev Anand. Lejen Aktor Bollywood

Salah seorang tokoh ternama di dunia filem India, Dev Anand, meninggal dunia di London akibat serangan jantung pada usia 88 tahun.

Filem romantik lakonan Dev Anand diselangi lagu Hindi yang merdu menyentuh imaginasi jutaan peminat di seluruh dunia sejak penampilan sulungnya pada 1946.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Test | Ujian Usia Anda?

Korang dari legasi mana?

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Torak | Taktik Tak Sempat Siap Assignment/Tugasan...

Tanggung sendiri...

Membuat tugasan yang lengkap dengan nota kaki atau footnote tidaklah sesukar mana namun memandangkan ada segelintir anda yang mungkin sangat sibuk dengan pekerjaan dan tanggungjawab terhadap keluarga telah menyebabkan anda semua rasa berserabut, pening, takda masa mencari bahan rujukan ke library dan tidak punyai masa untuk menghantar tugasan sudah dekat dan pada masa itu anda berasa blur dan terbayang dalam fikiran anda bahawa akan di bagi markah F atau kosong kerana tidak menghantar tugasan.

Ingin memdapat ruang tambahan untuk menyiapkan tugasan/ assignment anda, mungkin anda ingin mencuba kaedah ini.....silakan! tapi tahap kejayaannya tidak dijamin 100%! Selamat mencuba.


Kalau nasib tak baik pulak...Step 6

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Nyam-nyam | Tujuh Makanan Paling Enak & Menyelerakan?

Huh! Bila aku gunakan judul diatas, musti ada yang fikir ini tentang makanan yang paling enak? Tapi kena baca seterusnya, baca elok-elok tau..Enak disini juga membawa maksud lazat...lazat pulak untuk tekak siapa? orang mana? bangsa mana ini?

Hah! Itu yang kena terus baca tu! tujuh makanan paling enak dan menyelerakan ini adalah bagi selera tekak kaum Afrika, tapi bagi kita tidak pula mampu nak jamah pun? lagi plak ada yang HARAM?

Makanan itu adalah:


1. Bushmeat

Bushmeat ini lebih dikenali sebagai 'daging surprise!'. Apa yang berjaya mereka sumpit @ tangkap akan dihidangkan di bawah label bushmeat yang mungkin terdiri dari daging monyet, buaya, gorila, mungkin juga ular, esok cencorot, esoknya lagi mengkarung, esok minggu depan harimau bintang, dan mungkin juga anjing liar. Ikutlah mana yang melintas! Daging misteri tadi akan digoreng, dibakar atau direbus dan dipangang secukupnya dan kemudian dimakan berjemaah....hmmmm...slurppp!!


2. Darah lembu (sapi)

Suku Masai yang berada di pinggiran Afrika sangat menyukai hidangan ini yang di masak dan dicampur dengan susu. Mereka mempercayai darah lembu dapat memperkuatkan fizikal dan mental manusia. Darah ini diambil dengan cara menebuk pembuluh darah utama lembu dengan panah. Setelah darah diambil secukupnya, lubang tadi ditutup semula. Cara ini boleh diulang sebulan sekali tanpa menyebabkan lembu tadi terancam nyawanya. Biasanya darah beku dipisahkan manakala darah cair pula dicampur dengan susu dan diminum mentah-mentah. Dah macam vampire jer, haus darah! Untunglah bukan ketagih darah manusia.


3. Ulat Mopane

Kebanyakan orang pasti merasa jijik untuk makan ulat. Tapi bagi orang lain di Afrika; makhluk lunak tak bertulang ini yang dikenali ulat Mopane (emperor moth, Latin, imbrasia belina) menjadi santapan yang lazat dan menjadi makan kegemaran.

Ulat ini ditangkap, dipenyet dan diramas untuk membuang cairan yang ada di dalamnya. Setelah dipenyet, ulat kemudian dikumpulkan untuk dikeringkan di bawah sinar matahari atau dengan proses pengasapan untuk menambah keenakan rasanya. Ulat kering ini kemudian dimakan mentah-mentah macam makan cekedis! atau direndam dulu dan kemudian dimasak dengan sayur. Menurut mereka yang pernah memakannya, rasanya tidak jauh berbeza dengan daun teh hijau... Ia dikatakan adalah sumber protein yang sangat penting.


4. Belalang Goreng

Mungkin ini adalah cara orang di Afrika untuk tunjuk 'keganasan' meraka terhadap makhluk perosak tanaman ini. Dengan tanda amaran "Kau makan tanaman aku, aku makan kau." Di Kenya, jika ada tanaman diserang belalang, pasti tidak lama kemudian ramai orang berduyun-duyun datang mengunyah-ngunyah belalang ini, macam pesta makan buah durian!. Menurut mereka, belalang goreng ini lebih menyelerakan dari belalang yang dimakan mentah-mentah. Cara memasaknya sangat mudah: potong sayapnya, masukkan perasa, tumis sebentar, kemudian jemur sehingga kering. Mudah saja kan? Anda boleh cuba sendiri di rumah! huhuhu...


5. Rayap

Rayap dikenali serangga perosak bangunan mahupun bangunan atau peralatan berdasarkan kayu. Namun serangga ini pasti akan cuba mengelak untuk bermaustatin di Uganda, Maragoli atau Nigeria! Di Uganda, rayap ditangkap dengan dentuman aneh pada alat muzik dan hasilnya rayap-rayap ini akan keluar dari sarang mereka. Di bahagian lain, hujung sarang satu akan diletakkan perangkap, sementara hujung sarang lainnya ditutup, jadi rayap-rayap tadi akan berjalan sendiri masuk ke perangkap. Selain cara menangkap yang unik, cara memasaknya juga unik, di Maragoli, rayap digoreng kering sampai lemaknya keluar dan kemudian dibubuh garam. Di Nigeria, rayap dibakar atau digoreng dengan minyak, dipanggang, atau digiling menjadi tepung.


6. Kepala Kambing

Martabat hidang kepala Kambing ini agak special skit kerana di Nigeria ia banyak dihidangkan di restoran berkelas atasan. Kepala tadi dibersihkan dari bulu yang menutupi kulit kepala dengan cara dicukur dan kemudian dibakar. Setelah bersih, kepala ini dipotong-potong dengan kapak dan direbus dengan perasa bawang putih, tomato, cili dan berbagai perasa 'secret recipe' mereka tersendiri. Bahagian yang paling sedap adalah otak, lidah, cuping telinga dan mata. Mata kambing biasanya diberikan kepada tetamu terhormat kerana harganya yang lebih tinggi.


7. Weevil

Weevil adalah sejenis kumbang Afrika yang banyak ditemui di benua negro ini. Di Nigeria, larva kumbang ini disebut sagoo grubs. Panjang larva ini boleh mencapai 10 cm dengan lebar 3 cm, dengan kandungan lemak yang sangat tinggi. Penduduk tempatan Nigeria menyatakan bahawa larva ini adalah makanan yang paling sedap di dunia. Biasanya larva ini diambil dari pokok sagu, kemudian diproses dengan cara dibelah, dicuci dan digoreng untuk kesedapan yang tidak terhingga. Sedapnya!

apa kata hullahup: Dalam makanan harian kita kekadang tak perasan ada 'secret recipe' kan... kalau korang paham-pahamlah! tak paham jangan nak buat cam paham, pehtu mis-komu'faham'nikasi!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Hulla Ada X | Di sebalik Facebook

Muka buku...

Google telah mengeluarkan hasil carian tertinggi di Malaysia sepanjang tahun 2010 sehingga sekarang ialah facebook. Makna memang tidak syak lagi kebanyakan rakyat di Malaysia ini suka benar ber'muka buku' ini. Bila buka page depan facebook mesti kita biasa nampak paparan seperti ini kan? (Mungkin ada yang dah tahu!)


Namun disebaliknya.....




apa kata hullahup: mungkin ianya secara kebetulan! Tapi yang penting niat kita menggunakan facebook tersebut!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hulla Info | Kenalpasti Tentang Babi?

Istilah Oik...oiuk!



Untuk dikongsikan bersama. Mudah-mudahan ada manfaatnya..Emel yang aku terima yang dikatakan dari seorang Pakar Farmasi...Wallahualam!!

Bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling mudah ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Tapi kena yang macam pak cik atau mak cik atau budak-budak yang tak reti bahasa inggeris ini, paham ke diorang menda itu walaupun dah baca, camana tu?

Sememangnya perkataan 'babi' ini sangat sensitif sekali terutamanya pada umat islam, tak kira pakaian, lagi pula kalau dalam makanan!

Sama juga bila time memaki; perkataan 'babi' ini pastinya akan menjadi pilihan ramai. Contoh yang biasa kita dengar seperti:

"Dasar babi la kau" atau "Lu cam babi arr" dan bermacam jenis lagi....(PLEASE! DON'T TRY THIS AT HOME OR ANYWHERE! )

cuba tukar jadi "Dasar Porcine la kau" atau "Lu cam Porcine arr"... kena pada orang yang kita maki tu tak paham apa yang di maki tentu dia tak tau nak marah pasal apa...jadi musti dia pun men'google' apa itu Porcine ini? Jadi di situ kita boleh katakan istilah "maki sambil belajar"

apa kata hullahup: mana yang baik jadikan amalan, yang buruk tinggalkan ...harap-harap ini last aku post pasal menatang pendek kaki empat

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Cleaner Mogok


Sudah melimpah tong sampah kat office ini, Tisu toilet pun tak berganti! Apahal ni? Manalah pergi makcik-makcik, ibu-ibu, neng-neng, antie yang collect sampah dan cuci toilet ini, Rindu pula rasanya ;)? Selidik punya selidik! Akhirnya hari ini barulah aku tahu, yang mereka semua ini tengah mogok kat boss diorang kerana menurunkan gaji dorang! Memang patutlah pun!

Akta Perhubungan Perusahaan 1967
Tafsiran mogok yang di ertikan sebagai tindakan memberhentikan kerja yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu, atau secara bersama-sama enggan atau keengganan untuk terus bekerja atau untuk menerima pekerjaan di bawah persefahaman bersama oleh bilangan pekerja, dan termasuklah apa-apa tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak bersama atau di bawah persefahaman bersama, yang dimaksudkan kepada atau menyebabkan apa-apa had, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan perlakuan atau perlaksanaan kesemua atau mana-mana bahagian tugas yang bersangkutan dengan pekerjaan

Sebelum ini, kontraktor cina yang jaga bangunan kat office aku ini ok je! Semua sukses, tisu tandas pun di check setiap hari, sampah tiap-tiap hari dikutip, tandas pagi-pagi dah bersihkan!

Tapi sejak 2-3 bulan kontraktor melayu ini amik alih, banyak masalah yang aku tengok! Tisu tandas pun 'chap ayam' basuh tangan! sekali lap habis putih-putih tangan kena tisu melekat-lekat! Adoi! nak bajet pun agak-agak lah! Itulah di kontraktor melayu, bila bagi peluang kat bumiputera tapi kerja hancur, bila tak bagi mengamuk kontraktor bumiputra tak diberikan peluang! Bumiputera Oh Bumiputera

Pulangkan Makcik Cleaner ku! Pulangkan......

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Iklan Murah Serendah RM1 di Harian Hullahup

Syarat-Syarat Mudah Pengiklanan

Serendah Satu Ringgit........Jom Iklan!

Harian Hullahup berbesar hati untuk menjual sambil menjual petak iklan di blog ini dengan harga paling murah berbanding blog-blog lain yang setarafnya berdasarkan syarat-syarat mudah di bawah.

- Banner iklan tidak mengandungi ayat atau gambar lucah.

Pakej A - Untuk pengiklanan di single page. Mean iklan anda akan kelihatan di sisi kanan dan terpapar di setiap posting entri di blog ini.


Saiz Iklan: 125 x 125 (pixel)

RM1 – 1 bulan

Pakej B - iklan anda akan kelihatan di sisi sebelah header Harian Hullahup dan terpapar di setiap posting entri di blog ini.


Saiz Iklan: 500 x 80 (pixel)

RM2 – 1 bulan

Jika berminat, terus sahaja hulurkan Email yang di’attach’kan dengan banner, Web Address, Cusor Hover Text dan bukti pembayaran (mengikut pakej) kepada harian hullahup.

Letakkan Subjek Email: Pengiklanan di Blog harian hullahup

Cara Pembayaran


Mengenai pembayaran atau sebarang perkara lain melibatkan iklan, sila emailkan ke harian hullahup.

Saya sedia menjawab sebarang pertanyaan anda. Masa pengiklanan korang akan bermula melalui tarikh dan saat iklan itu diletakkan di blog ini dan akan berakhir mengikut pakej yang anda ambil. Email akan dihantar memberitahu anda bila iklan tersebut sudah berjaya diletakkan.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.