Andakah anda pernah mendengar tentang penyakit "Raja Satong" ini?
Kita tahu, sesuatu penyakit itu adalah ujian daripada Allah SWT kepada hambanya.
Namun apa yang aku tahu penyakit ini sangat merbahaya juga! Tapi sukar ditemui info mengenai dari carian di Internet.
Pokok raja satong yang hidup dengan menumpang pokok besar lain. |
Nama Tempatan: | Sarang semut |
Nama Saintifik: | Hydnophytum Formicarum Jack |
Nama Lain: | Raja satong, raja stong, ant plant (english), Banghai (filipina), |
Famili: | Rubiaceae |
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan hutan |
Asal: | Tumbuhan tempatan. |
Pokok raja satong merupakan tumbuhan jenis epifit yang biasanya tumbuh meliar di hutan. Ia hidup dengan menumpang pokok besar lain. Sekarang ia semakin sukar untuk dijumpai kerana pengambilan tanpa kawalan oleh individu yang mengetahui khasiat pokok ini.
Khasiat pokok raja satong tidak banyak dibuat kajian secara saintifik oleh pakar tetapi ianya diambil secara tradisional oleh pengamal ubatan herba sejak sekian lama. Ia dikatakan mampu merawat semua jenis kanser, penyakit hati dan paru-paru.
sumber: klik sini
Menurut pembacaan yang dibuat:-
Penyakit Raja Satong
Adalah sejenis penyakit yang membengkak pada kebiasaannya kebanyakkannya di jangkiti dibahagian kepala khususnya dalam telinga. Ianya bernanah bercampur darah serta mempunyai mata yang banyak dan merebak dibahagian bawah kulit, amat merbahayakan pesakit yang mengidapnya. Sebabnya adalah sama seperti bisul.
Rawatannya:
1. Pembedahan akan dilakukan seperti bisul tetapi memerlukan kepada pemerhatian yang amat rapi kerana penyakit ini menguasai dibahagian dalaman.
2. Sekiranya ia berada dalam rongga telinga, ambil pokok Raja Satong kemudian diasah dengan air dan dititikkan ke dalam rongga telinga itu
sumber lain mengenai Penyakit Raja Satong:
intanafis.blogspot.com/2012/01/raja-satong
Salam
golden goose outlet store
cheap jordans
a bathing ape
bape official
kyrie 8 shoes