You are here: Home // February 2011

Selsema dan Petua Menghilangkannya?

Memang tension giler bile sok-sek, sok-sek (selsema); dah berhari dah ini! Menangung jer! Makan ubat pun tak jalan. Bila dan tak jalan, cukuplah setakat itu je. Ubat-ubat ini pun bukannya elok sangat kalau kita praktikkan! Jangan bergantung 100% pada ubat ini.

Sedikit background demam selsema ini, biasanya memang pakej sekali demam + seleseme

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Ada dakwaan yang aku baca dalam satu entri, bahaya ubat selsema ini, rujuk petikan yang aku rembat

UBAT BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)


BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.


Lebih lanjut, anda baca sendiri di nuriman.wordpress

Apa kata kita cuba kaedah tradisional plak, tapi payah pulak nak cari semua benda-benda 'mengkarung' ni, al-maklumlah, kalau dulu dok kampung memang selamba jer aku lih pi ambik! La ini..dah la kat bandar, pehtu memalam buta camni.

Ayuh! kita lihat ada 2 petua/ kaedah menghilangkan selsema. Ikhtiar la

Untuk golongan dewasa;

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRvI7-zTFbPkUQsKnqTY7mQeaGYOyyDm4UtpMDTN93uztStUcCOc4_YwXZJNLXxXT8IgfALdwBpZqkQH6iknb9Me3LOxNX9WB0_CBtIMyFWoNTRdLnf4N7k-dQL-xZJgFuntfua6ThxeY/s1600/daun_sirih.jpg
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Untuk golongan kanak-kanak/ bayi;

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

http://sitik.files.wordpress.com/2010/01/halia.jpg
2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik – MALAYSIA vs PAKISTAN


Malaysia 2 – 0 Pakistan
Zaharulnizam min 3 & Irfan min 47+

Kejayaan terus mengiringi skuad Harimau Malaya, Perlawanan pra kelayakan Olimpik pusingan pertama sebentar tadi yang berlangsung di Stadium Shah Alam antara pasukan kebangsaan menentang pasukan Olimpik Pakistan akhirnya memihak anak buah Ong Kim Swee dengan kemenangan 2 – 0. Gol disumbangkan di separuh masa masa pertama melalui Wan Zaharulnizam pada minit ke-3 dan Mohd Irfan Fazail pada minit 47.

Secara keseluruhannya, Malaysia banyak menguasai perlawanan namun tidak ada sentuhan penyudah dari jentera serangan. Jelas! penyerang Malaysia agak tumpul, kita agak terasa kekurangan anak muda ini untuk menjejaki sentuhan pemain penyerang senior kebangsaan seperti Safee Sali dan NorIdlan Talaha. Jurulatih, Ong Kim Swee perlu memandang berat tentang hal ini sebelum berkunjung ke Lahore, Pakistan pada 9 Mac depan.

Perlawanan tadi juga, dicemari insiden kekasaran pemain Pakistan terhadap penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek.

Insiden kekasaran 'mat kapet' Ansar Abbas terhadap Khairul Fahmi







Wah! wah! bukan main garang lagi mat kapet pakistan ini ekk! Branik kau kurang ajar kat tanah air aku! Chis! Dah rasa nak menerajang plak mat kapet kat Malaysia ini...huhuh! tak pasal-pasal

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

HTC ChaCha

http://st2.gsmarena.com/vv/pics/htc/htc-chacha.jpg

HTC ChaCha telefon pintar yang pantas bagi setiap capaian laman web berupaya melancarkan pelbagai aplikasi sehinggalah kepada kemudahan menaip menggunakan papan kekunci QWERTY.

Turut menggunakan keupayaan skrin sesentuh, model terbabit menyokong sistem operasi Android + HTC Sense dilihat menjadi kunci utama yang membolehkan pengguna melancarkan pelbagai aplikasi berat pada skrin bersaiz 2.6 inci dengan resolusi 480 x 320. Tetapi tak banyak penjelasan tentang ChaCha ini.

Satu yang menarik pada smartphone ini yakni ketersediaan tombol Facebook, yang mana memang menunjukkan identitasnya sebagai ponsel idaman bagi pengguna yang gemar menjajaki situs jejaring social Facebook. Poisisi tombol tersebut berada pada bagian bawah. Jadi yang kaki Facebook memang patut mendapatkan smartphone ini! Memang sesuai untuk korang.

Spesifikasi HTC ChaCha :

Jaringan : Quad band GSM dan Dualband HSDPA
Dimensi : 114.4 x 64.6 x 10.7 mm, Bobot : 120 g
Layar : TFT touchscreen, 256K colors, 480 x 320 pixels, 2.6 inches, QWERTY keyboard, Accelerometer sensor for UI auto-rotate, Proximity sensor for auto turn-off
Kamera Utama : 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash, Geo-tagging, face detection
Kamera sekunder : VGA
Memori : 512 MB ROM, 512 MB RAM, slot kartu microSD hingga 32GB
Konektivitas : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth v3.0 with A2DP, EDR; HSDPA HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 384 Kbps, slot microUSB v2.0
CPU : 600 MHz processor
Sistem Operasi : Android OS, v2.4 (Gingerbread)
Messaging : SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
Browser : HTML
GPS : A-GPS Support
Fitur lain : Facebook dedicated key, SNS integration, Digital compass, Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Google Talk, Picasa integration, Player MP3/AAC+/WAV/WMA, Player MP4/H.264, Organizer, Document viewer, Voice memo, Predictive text input, Audio jack 3.5 mm
Baterai : Li-Ion 1520 mAh

Harga HTC ChaCha

Belum dapat dipastikan lagi berapa harga HTC ChaCha ini, tapi dijangkakan harganya akan lebih mahal dari HTC Wildfire S tetapi di bawah harga HTC Desire S dan HTC Incredible S.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Tiz Zaqyah di Zaman Persekolahan

Korang kenal tak dengan Tiz Zagyah yang mula popular dengan 'penangan' drama Nur Kasih. kemudian dengan 'penangan' gossip-gossip cintanya termasuk perebutan tiga segi dengan Fasha Sadha untuk mendapatkan Bung Jejai.

Cantik tak dia ini? Cantekkk! Tapi itu sekarang kan, musti orang kata dia cantik pasal make-up sekarang, al-maklumlah artis! bila dah di bedakkan sekilo..Mustilah cantik!

Tapi sebenarnya si Tiz Zagyah ini memang sudah dikurniakan cantik dan menawan kalbu di kala zaman sekolah lagi walaupun hanya dihiasi dengan pakaian seragam sekolah.

Ayuh! kita tengok gamabr-gambar nostalgia Tiz Zagyah di zaman persekolahannya. Nyammm..nyamm!






apa kata...Hullahup:
Bagi aku Tiz Zagyah dulu yang tak 'bertepung gomak' (make-up tebal) lagi cantik! Natural..aku sukakan kacantikan semulajadi tu.Suwetttt

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Pemain Bola sepak Perlis didakwa cabul gadis

http://i40.photobucket.com/albums/e234/sutera_abadi/munawar.jpg?t=1298331237


SUNGAI PETANI: Pemain muda bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 17 tahun pada 13 Februari lalu.

Pemain Singa Utara yang bermain di posisi pertahannan itu dikenali Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin. Ala! biasa sangatlah tu! dah buat kes camni takkan nak mengaku bersalah terus! gelaplah masa depan terus, sekurang-kurangnya test market dulu, mana tau menang kes, selamatlah dari duduk dalam lokap.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali didapati didakwa tiga pertuduhan:- Pergh! ini kes melakukan teknik Kelucahan Tiga Serangkai.

Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa.
Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.
Didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

apa kata...Hullahup
Dah la team Perlis tak seberapa kat Liga Malaysia, lagi jahanamlah, Memalukan orang Perlis sungguh la hang ni Muhammad Munawwar oiiiii
biar kita ini ruper tak lawa, perangai tu kasi molek la skit! 
Apa-apa pun ini baru dakwaan, kita tengok jer lah pengakhirannya, pada yang lain sayangilah usia muda anda...Jadikan ikhbar dan pengajaran.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Abby Abadi 'hint' ajak Zul Ariffin kahwin?

 


Lama juga takde dengar cerita dari ibu hangat seMalaya ini?

Selepas terbaca cerita pasal Abby mengenai keletah anak bongsunya Maria Danisha Hakim atau Baby tentang Maher Zain Macam Uncle Zul. Selang selepas itu, Abby muncul mengupdate facebooknya dengan cerita terbaru anaknya, ala! boleh aku katakan kat sini kira macam hasrat hati Abby sendirilah yang disampaikan secara kias-kias buat buah hatinya yang tak declare lagi 'teman tetap mesranya' si Zul Ariffin.

Rajin ibu beranak tiga ini update facebook sejak dua menjak ini. huhuh! Ceritanya. kali ini anak Abby yang nombor dua, Marissa Dania Hakim atau Adik, telah menceritakan kepada Abby tentang mimpi yang dialaminya. rujuk petikan facebook di bawah.

.


Latest update kat Fanpage Abby....


Abby Abadi Lurvly Fanpage

Sy mimpi ular tedung la my frens, Besar! Huhu.. Sy tido peluk baby, ada kakak Sy sorg, pastu mak Sy. Ular tu mcm nk patuk tp x patuk2! Huhu.. Memula dia gi kt kakak Sy, pastu dia pusing kt mak Sy, pastu bila ada dkat dgn Sy, Sy terjaga trus,(dlm mimpi tu Sy nmpk dr mula ular tu muncul) Jadi, Apakah? Slalu org akan kaitkan ngan jodohkan? Tp ni, ular tu mcm nk patuk bg..... Huhu.. Ngeri! Sentap pepagi nih! Gggrrr.

Buat si Zul Ariffin, walaupun ini hanyalah mimpi berbudak! tapi perpandai lah ko! Mak budak pun sebenarnya menanti dari mulut ko jer tu...huhuhu! pandai jugak mak budak main hint-hint....

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Foto: Lelaki dan 39 isteri

India - Memiliki keluarga yang terbesar di dunia - Ziona Chana mengatakan bahawa dirinya insan bertuah di muka bumi ini  apabila 'diberkati' apabila dikurniakan mempunyai 39 isterinya, 94 anak, 14-daughters-in-law dan 33 cucu.

Mereka tinggal di sebuah bangunan empat tingkat yang menempatkan 100 bilik di tengah-tengah kawasan bukit di Baktwang di bahagian India Mizoram.

sumber: tokobakso





apa kata...Hullahup:


huyyoooo..atleast isteri-isteri dengan anak-anak dia yang ramai itu tak hidup melarat! duduk pun dalam 1 building yang sama. Kalau orang kita ini bini baru ada 2; anak-anak dengan bini no 1 kompem dah bersepah! terbiar makan, pakai semua...sesilap, duit rumah pun tak terbayar siap kena halau keluar.


Tapi pakcik ini semua bini-bini dengan anak-anaknya terjaga, duduk 1 bumbung..semua dia jaga..caya laa pakcik..huhuhuh...rumah pun mengalahkan flat PPRT...huhuhuhuhuh

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Wawancara: Apa kesan harga minyak naik?

Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin - dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara.


kredit: Sinar harian

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Cara potong kuku ikut Rasulullah SAW

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

• Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

• Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

• Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

• Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanyakepapaan.

• Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

• Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.


Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

FOTO : Safee Sali Tiba di Pelita Jaya

Selamat Tinggal Malaysia: Safee Sali melambai kepada penyokong selangor yang hadir memberikan sokongan terakhir ketika menuju ke balai pelepasan KLIA di Sepang.
Pemangkin semangat: Mohd.Safee (tengah) tiba diirngi keluarganya ketika tiba di terminal 2E Bandara Soekarno Hatta, Tangerang, Banten,
Tanda Sokongan: Kedatangan Mohd.Safee Sali (tengah) diiringi managernya Zakaria Rahim (kanan) dan Lalumara, manager kelab Pelita Jaya (kiri) saat keluar dari pintu di terminal 2E Bandara Soekarno Hatta, Tangerang
Bermula langkah pertama: Mohd.Safee Sali menunjukkan isyarat 'bagus' saat tiba di terminal 2E Bandara Soekarno Hatta, Tangerang, Banten, Isnin (14/2)

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Erti Maulidur Rasul Muhammad s.a.w

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita? Tentu tidak bukan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Kita adalah خير امة! Umat yang terbaik! Jadi, kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.

apa kata...hullahup
Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Harimau Tewas 'ditangan' Senduk kayu


Pantang maut kalau belum ajal - Tindakan kamikaze seorang wanita orang Asli mengetuk kepala seekor harimau menggunakan senduk kayu, menyelamatkan nyawa suaminya tercintanya dari menjadi habuan sang harimau di Kampung Sungai Tiang, Hutan Belum.

Mangsa yang dikenali sebagai Tambun Gediu, 60-an, bergelut dengan harimau sebelum isterinya, Han Besau, menyedari kejadian itu dan bertindak memukul kepala harimau berkenaan dengan sebatang senduk kayu bagi menyelamatkan suaminya.

Menurut Berita Hatian, Tambun berkata:
Besar ini: Tambun bersungguh bercerita
"Dia tidak menyedari kehadiran haiwan pemangsa itu kerana terlalu asyik memerhatikan binatang buruan iaitu tupai yang berada di atas pokok berhampiran rumahnya.

Katanya, dia hanya sedar kehadiran haiwan itu sewaktu memandang ke belakang apabila melihat harimau berkenaan berada tidak jauh dengannya.

“Saya terkejut dan segera melarikan diri dengan cuba memanjat sebatang pokok berhampiran tetapi gagal apabila harimau itu lebih pantas mencakar kaki, sekali gus menarik saya ke bawah sebelum jatuh tersembam ke atas tanah.

“Harimau itu kemudian cuba membaham kepala dan leher saya, namun saya cuba melawan dengan menumbuknya beberapa kali di kepala, manakala tangan sebelah lagi mencengkam bibir harimau berkenaan sambil menjerit meminta tolong,” katanya.


Nasibnya baik jeritannya didengari isteri bergegas yang hanya bersenajatkan senduk kayu mengetuk haiwan berkenaan, sekali gus berjaya menghalau haiwan itu.

apa kata...hullahup:
Itulah umur pakcik ini masih panjang; tapi menurut kata orang lama - kalau kepala kena ketuk ngan senduk jadi suwey a.k.a sial; tak merasa kahwin. Jadi apakah nasib sang harimau tersebut? kesian sang rimau tu. huhuhu!

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Melodi TV3 Tampil Pengacara Baru; Dira Abu Zahar pasangan Zizan (Raja Lawak)


Melodi - kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi”

Melodi akan mendapat host baru pada April ini semakin hangat diperkatakan, Ini bagi menggantikan host sedia kala iaitu Fara Fauzana dan Wahid Senario yang khidmatnya tidak disambung lagi. Bukan bermakna mereka berdua tidak bagus! Tapi adalah untuk membawa satu perubahan baru kepada program berkenaan.

Untuk rekod, Fara yang dikenali Fafau dikalangan peminatnya dan Wahid Senario sudah lima tahun mereka mengemudikan program ini dan merupakan yang paling lama setakat ini. Harus diakuri, tidak pernah pun seorang pengacara akan mengemudi sesebuah program sampai bila-bila. Fauziah Ahmad Daud (Ogy) pun pernah mengundur diri. Begitu juga Raja Azura, Aznil Haji Nawawi dan pengacara sulung program itu, Mahadzir Lokman (kini Dato’).

Sheila Rusly, Haliza Misbun dan Ziana Zain pun pernah merasa duduk di kerusi panas di program yang cukup panas dan sensasi itu.

Apa pun, nama yang sudah disenarai sudah maklum iaitu Zizan (Raja Lawak). Tapi yang menjadi tanda tanyanya; siapakah pasangannya? Ura-ura mengatakan, pasangannya adalah artis wanita yang punyai tarikan tersendiri. Agak petah bila berkata-kata, dah memang sesuai sangat la ni jadi host! Orang Melaka! Kini semakin hebat di layar TV sebagai pelakon. Beliau yang dimaksudkan Dira Abu Bakar


PROFIL: Dira Abu Zahar

Nama sebenar: Khaidirah Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Tarikh lahir: March 2, 1984
Status: Janda anak 1
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.

apa kata...hullahup
apa yang aku tunggu tag line terbaru......

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Web rasmi SEA Games Indonesia 2011 dilancarkan


JAKARTA, Harian Hullahup — Jumaat; 11 Feb 2011, Indonesia SEA Games Organizing Committee (Inasoc) dengan rasmi melancarkan website www.seag2011.com di Gedung Annex Gelora Bung Karno, Jakarta, Pelancaran tersebut dilakukan oleh Menteri Pemuda dan Olahraga Andi Mallarangeng dan Ketua Pengurusan Inasoc, Rahmat Gobel.

Pelancaran website ini diharapkan mampu menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara tuan rumah yang baik dalam penganjuran dengan menyediakan informasi dan maklumat yang lebih cepat dan tepat. Pengajuran kali ini akan melibatkan dua bandar besar di Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang.

Menurut Rahmat:
"Segala informasi terkini berkaitan SEA Games, acara yang dipertandingkan, lokasi pertandingan, pendaftaran sukarelawan dan yang berkaitanan akan dimuat dalam website ini," 

SEA Games di dua kota ini akan dijangkakan akan menarik penyertaan sekitar 9,000 atlet dari 11 negara, dan melibatkan hampir 10,000 sukarelawan dan 2,000 wartawan.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Hannah Quinlivan dikejar Jay Chou



Hannah Quinlivan dan Jay Chou
Aktor filem ‘The Green Hornet’ kelahiran Taiwan Jay Chou kini dikatakan sedang mabuk kepayang dengan gadis yang 14 tahun lebih muda darinya. Gadis itu dilaporkan juga seorang yang berketurunan Australia dan Taiwan. Selepas disiasat gadis yang menjadi perhatian Jay Chou itu bernama Hannah Quinlivan.

Pertemuan yang tidak disengajakan itu bermula ketika Jay dalam rangka promosi filem terbarunya itu 'The Green Hornet' di Taiwan, Jay yang sedang berkumpul bersama-sama teman-temannya yang juga disertai sutradara 'The Green Hornet' di sebuah kelab malam.

Semenjak dari itu, Jay Chou sudah gila bayang terhadap Hannah Quinlivan. Walau bagaimanapun, manager peribadi Jay, JVR cuba menyangkal dakwaan itu dengan tegas.

JVR dipetik berkata:
“Kamu hanya perlu bercakap jika kamu punya bukti (foto). Jangan hanya percaya pada khabar angin”

Sementara itu, di pihak Hannah masih terus membisa tanpa apa-apa komen mengenai gossip itu setakat ini.

apa kata...hullahup:
Itulah dinamakan panahan pandangan pertama...

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Sanggup botak kepala Jiwai watak lakonan - Lisa Suriani

Lisa Surihani
SEUMUR hidupnya, rambut tidak pernah dibiar pendek atau diwarnakan meskipun kebanyakan gadis seusianya terutama yang membesar di ibu kota, menjadikan fesyen rambut sebagai satu cara ekspresi diri.

Sebaliknya Lisa Surihani Mohamed, 25, selesa dengan penampilan seadanya penuh kesederhanaan. Pun begitu, gadis cantik ini tidak keberatan untuk memotong pendek rambut atau membotakkan kepalanya jika itu yang dituntut dalam menjiwai sesuatu watak juga demi kepuasan dalam lakonan. Namun, ia mestilah bersyarat! "Saya tidak kisah melakukannya, tetapi ia bergantung pada bayaran yang ditawarkan. Jika bayaran bagus, mengapa tidak. Selain bayaran, saya juga perlu mengambil kira watak yang ditawarkan, apakah berbaloi untuk berbuat demikian. "Kalau watak yang diberi bagus, jalan ceritanya bagus dan diarahkan pengarah yang diyakini kemampuan, tentu saja saya sanggup berkorban walaupun rambut masih dara kerana tidak dipotong pendek atau diwarnakan," katanya. [selanjutnya]

apa kata...hullahup:
Ok! aku kuliah sikit, walaupun aku tak sepandai mana, tapi sebenarnya kalau kita agak kurang skit, elok kita tidak bercakap lebih-lebihkan, dengan keluarkan kenyataan tanpa berfikir...Itulah manusiakan, Agama Islam menuntut tutup aurat takmau pulak dituntut, walaupun ganjaran pahala yang diterima...

Ingat kes Sharifah Amani botakkan kepala untuk filem Muallaf dulu ?

Sharifah Amani ketika membotakkan kepalanya

Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Lelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;

2. Wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;

3. Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam

Keterangan/Hujah:


1. Ulama' berpendapat bahawa perbuatan membotakkan kepala oleh segelintir wanita Islam adalah dilarang dan bertentangan dengan Hukum Syarak. Hadis Nabi SAW:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها (رواه الترمذى

" Rasulullah SAW melarang wanita mencukur rambutya "

2. Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi ketika menjawab persoalan sama ada wanita boleh bercukur kepala atau tidak, menjelaskan: " Haram ke atas kaum wanita mencukur kepala mereka berdasarkan hadis Nabi SAW. Pengharaman tersebut adalah kerana perbuatan membotakkan kepala menyamakan seseorang wanita dengan lelaki, bermegah dengan sifat-sifat kelelakian selain menzahirkan sifat-sifat buruk dalam diri wanita tersebut. Namun, harus bagi wanita mencukur kepalanya sekiranya terdapat kudis, bisul atau kutu yang banyak pada kulit kepala. Dalam situasi tersebut ia dianggap sebagai dharurah yang membolehkan kepalanya dicukur ".

3. Dr. Ahmad al-Syarbasi menjelaskan bahawa sekiranya seseorang wanita mencukur rambut mereka sebagai tanda berkabung, maka ia merupakan sebahagian daripada amalan jahiliah yang amat ditegah oleh Islam. Sementara bagi wanita yang mencukur rambutnya dengan tujuan menyerupai lelaki, maka perbuatan tersebut dihukumkan sebagai haram.

4. Alasan semata-mata untuk menghayati dan menjayakan watak yang dipegang dalam filem adalah tidak wajar kerana hukum melarang perbuatan tersebut. Begitu juga dengan perbuatan bertindik yang seolah-olah menjadi gaya dan trend remaja hari ini.
kredit: klik sini

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under: ,

Tanglung Kong Ming diharamkan


Tanglung Kong Ming berbentuk bujur yang diperbuat daripada kertas minyak itu yang ditulis dengan pelbagai hajat dan ucapan pemiliknya sebelum ia dilepaskan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata:-
"Tanglung berkenaan yang boleh diterbangkan angin setinggi 1,800 meter boleh menyebabkan pesawat meletup dan terbakar apabila tersedut ke dalam enjin.

Tanglung diperbuat daripada bahan mudah terbakar itu juga boleh menyebabkan bangunan terbakar dengan mudah."

apa kata...hullahup:
Kalau dah bahayakan keselamatan itu. kita hentikanlah ye tak? yang esok dah kehilangan nywa.

Sumber:



KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark

Ifa Raziah, artis contohkah?

Setiap orang pasti merasa bangga bila dirinya menjadi tumpuan dan sanjungan ramai. Sesetengah orang, populariti sebegini yang dicari dan dikejar untuk mencapai maksud tersendiri. Bahkan ada yang sanggup melakukan apa saja agar diri mereka menjadi tumpuan, sanjungan dan sebutan ramai.

Namun, berapa ramai yang menyedari dan menginsafi betapa populariti yang diraih itu sepatutnya diikuti dengan diri menjadi contoh terbaik ikutan ramai? Menjadi role model untuk audien sasaran tertentu?

Bolehkah artis dijadikan contoh atau role model? sekiranya begini:


Petikan twitter: bahasa yang dikeluarkan Ifa Radziah


Lagi petikan kata-kata kurang manis dari twitter Ifa Radziah

Kita semua tahu, Ifa Radziah adalah host Wanita Hari Ini terbitan TV3. Kita tahu, manusia tidak semua serba lengkap. Tapi? Selaku host bagi sebuah rancangan bual bicara yang banyak membantu wanita dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka dan menjadi ikon buat wanita. Alangkah kurang manis kalau pengacaranya melontar bahasa sebegini di twitter peribadinya yang diikuti oleh ramai peminatnya dan pemerhati. Patutnya dah berusia kita ini lebih berakal, tapi makin kurang berakal plak! Aduyaiii...

Ia dikhabarkan berpunca dari kenyataan Safura di Melodi 2011, tapi itu bukan melesenkannya untuk berkata kesat sebegini. Aduyai artis Melayu, Wanita dan berbangsa Islam.

Berikut kenyataan berita:-

Penyanyi Safura batal rayuan saman Ifa Raziah


Safura Yaacob
PUTRAJAYA: Kes saman fitnah penyanyi Safura Yaacob terhadap rakan artis Ifa Raziah, yang berlarutan selama 10 tahun, akhirnya selesai selepas beliau menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini.

Rayuan itu difailkan oleh Safura untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Januari 2003, yang menolak saman fitnahnya dengan kos terhadap Ifa Raziah berhubung dua artikel yang disiarkan oleh sebuah majalah hiburan.

Safura diperintahkan hakim membayar RM500 ($208) kepada Ifa Raziah sebagai kos rayuan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Safura menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada Ifa Raziah kerana mendakwa penyanyi itu secara salah dan dengan niat jahat menyiarkan kepada wartawan untuk menulis, mencetak dan menyiarkan kenyataan mengenainya (Safura) dalam majalah Media Hiburan pada 1998.

Safura mendakwa Ifa Raziah mengadakan temu bual dengan wartawan majalah Media Hiburan dan memberitahu bahawa beliau (Ifa Raziah) baru saja sembuh daripada penyakit ganjil serta penyakit itu disebabkan seorang rakan artis.

Safura, 35 tahun, juga mendakwa pada akhir Oktober 1998 bahawa Ifa Raziah sekali lagi mengadakan temu bual dengan wartawan majalah itu dan memberitahu bahawa beliau (Safura) yang menyebabkan penyakit yang dialaminya itu melalui bomoh.

Dalam pembelaannya, Ifa Raziah mengaku memberitahu wartawan bahawa beliau baru saja sembuh daripada penyakit ganjil.

Beliau, bagaimanapun, menafikan membuat kenyataan bahawa penyakit itu disebabkan Safura. 
kredit: Bernama.

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Krisis Mesir


Mesir terus begolak - Protes untuk menuntut pengunduran pemerintahan Hosni Mubarak berterusan di ibukota Mesir.

Dilaporkan setakat ini, sekurang-kurangnya 13 kehilangan nyawa dam hampir 1,200 mengalami kecederaan dalam krisi yang tercetus di Kaherah Tahrir Square semalam, diantara penyokong presiden Hosni Mubarak dengan para demonstrasi anti-kerajaan.

Perkembangan terkini dari New York Times melaporkan, diplomat Presiden AS Barack Obama dan diplomat Arab, bahawa kerajaan AS ketika ini sedang giat melakukan perbincangan dengan pegawai Mesir Mubarak untuk segera berundur, untuk memberi laluan kepada kerajaan peralihan yang dipimpin oleh Omar Suleiman, wakil baru yang dijangka bakal diangkat presiden, dengan sokongan tentera Mesir.

AS-Mesir bincang pelan peletakan jawatan Mubarak
WASHINGTON 4 Feb. - Pentadbiran Obama kini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Mesir tentang kemungkinan peletakan jawatan segera Presiden, Hosni Mubarak dan pembentukan kerajaan interim, kata pegawai pentadbiran Amerika Syarikat (AS). [selanjutnya]

Kumpulan pertama 356 pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di Jeddah
JEDDAH 4 Feb. - Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir hari ini berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia). [selanjutnya]

Pelajar Malaysia dirogol di Cairo, Mesir?
Berikut adalah antara mesej oleh student malaysia di sana menunjukkan situasi sebenar...

Kalau ikut situasi sekarang berlaku kat sana, macam-macam boleh berlaku...sebabnya polis dengan tentera dah tak berguna lagi kat sana..kalau tak betul, alhamdulillah..tp bukan bermakna benda ni tak boleh berlaku..boleh sgt berlaku..dengan penjenayah lobos dari penjara...umah kena pecah sebab dirompak oleh org sana...perintah berkurung pun orang mesir dah tak hirau..so,bebas di jalan-jalan sekarang ini..



Protes di Mesir: live (Telegraph)

KLIK DI SINI UNTUK ARTIKEL PENUH
Share/Bookmark
filed under:

Telah di buka sebanyak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 harian hullahup.
Designed by Harian Hullahup. Blogger Homesponsored by Nazo.